Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394406
Title: Pembangunan reka bentuk rumah teres sensitif budaya Melayu
Authors: Kamarul Afizi Bin Kosman
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Seni bina moden
Sektor perumahan awam
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Kelahiran ideologi seni bina moden pada awal kurun ke-20 yang mementingkan fungsi asas sesebuah bangunan kepada penghuninya dan meminggirkan tuntutan budaya dalam reka bentuk telah banyak mengubah peradaban masyarakat dunia. Di Malaysia, implikasi serupa turut dihadapi oleh masyarakat terutamanya di sektor perumahan awam yang mana terpaksa menerima reka bentuk rumah yang disediakan oleh pemaju walaupun ianya tidak sesuai dengan budaya hidup seharian mereka. Dalam skim perumahan teres misalnya, ruang yang disediakan adalah begitu asas untuk manusia hidup iaitu memasak, makan, berehat dan tidur. Dalam aspek privasi, keadaan menjadi sangat kritikal apabila ada tetamu datang ke rumah yang mana pergerakan dan ruang privasi terutamanya bagi anak perempuan menjadi sangat terhad. Penyediaan ruang dapur yang kecil juga sedikit sebanyak menghakis budaya sosial masyarakat Melayu di bandar yang secara tradisinya ruang tersebut sering dijadikan medan interaksi kaum wanita sewaktu kenduri?? kendara. Reaksi tidak puas hati masyarakat Melayu terhadap penyediaan ruang dapur yang sempit jelas kelihatan melalui tindakan pengubahsuaian dan pembesaran ruang tersebut di skim perumahan teres pada hari ini. Tindakan pengubahsuaian tidak hanya melibatkan ruang dapur sahaja tetapi juga ruang letak kereta di bahagian hadapan rumah yang secara tradisinya berfungsi sebagai beranda. Kekangan reka bentuk rumah teres pada hari ini bukan sahaja mewujudkan perasaan tidak selesa masyarakat Melayu untuk mengamalkan warisan budaya hidup seharian tetapi juga melibatkan aktiviti 'rite de passage' seperti kenduri-kendara, keraian dan kematian. Justeru, penyelidikan ini akan melihat permasalahan berbudaya masyarakat Melayu di rumah teres merangkumi kategori aktiviti utama iaitu harian dan 'rite de passage'. Produk kajian ini ialah satu garis panduan ke arah pembangunan reka bentuk rumah teres sensitif budaya Melayu dan beberapa eksperimetasi reka bentuk.
Pages: 319-322 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394406
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.