Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394402
Title: Assessment of high-resolution climate change scenarios in Malaysia
Authors: Fredolin Tangang @ Tajudin Mahmud
Liew Ju Neng
Aziz Jemain
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Climate change
Perubahan Iklim
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Unjuran perubahan iklim dalam Laporan Penilaian ke-4 Perubahan Iklim oleh Inter?? governmental Panel on Climate Change (IPCC) 2007 adalah berdasarkan lebih dari 20 buah model iklim yang dibangunkan oleh pelbagai institusi dan organisasi di seluruh dunia. Unjuran perubahan iklim pada skala global adalah berdasarkan pengunaan model iklim global (model gandingan atmosfera-Iautan) yang mempunyai resolusi rendah (200-300 km) dan tidak sesuai untuk digunakan bagi mengkaji impak perubahan iklim diperingkat tempatan mahupun serantau. Projek ini membuat penurunskalaan unjuran model iklim global ke resolusi yang tinggi dimana hasilnya boleh digunakan dalam menilai impak perubahan iklim diperingkat tempatan dan juga serantau. Selain dari itu kajian ini juga dapat menilai keberkesanan teknik-teknik penurunskalaan dan juga permasalahan yang berkaitan. Dua teknik penurunskalaan dibandingkan iaitu kaedah penurunskalaan berstatistik dan juga penurunskalaan dinamik. Penurunskalaan dinamik melibatkan penurunskalaan resolusi model iklim global kepada resolusi 50 km x 50 km dan juga 25 km x 25 km. Penurunskalaan dinamik memerlukan aplikasi model iklim rantauan. Model yang digunakan dalam kajian ini adalah model iklim rantauan PRECIS, sebuah model yang dibangunkan oleh Hadley Centre, UK Meteorological Office. Beberapa model iklim global digunakan termasuk HadAM3P, HadCM3, ECHAM4 and ECHAM5 termasuk data reanalyses ERA40.
Pages: 434-437 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.