Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394396
Title: Penanaman periuk kera (nepenthes) di rumah hijau sebagai pemulihan cerun dan biodiversiti
Authors: Jumaat B. Adam
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Kestabilan cerun
Hakisan cerun
Periuk kera
Rumah hijau
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Projek penyelidikan ini dijalankan di 2 tapak kajian iaitu di Rumah Teduh Fakulti Sains & Teknologi, UKM dan Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, UKM. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan spesies-spesies Nepenthes yang sesuai dalam mengawal kestabilan cerun, menentukan ciri-ciri tanah pada cerun bagi menentukan kesesuaiannya terhadap pertumbuhan tumbuhan dan menggunakan pendekatan bio-kejuruteraan terhadap kawalan hakisan cerun. Projek penyelidikan ini melibatkan 2 tapak kajian iaitu di Rumah Teduh Fakulti Sains & Teknologi dan di Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Pahang. Penyelidikan melibatkan aplikasi spesies-spesies tumbuhan terpilih sebagai bahan biologi (bio-material) terhadap kawalan hakisan cerun di Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF). Terdapat 2 kaedah pengawalan hakisan yang digunakan dalam penyelidikan ini iaitu menggunakan plastik dan jerami padi. Manakala tumbuhan periuk kera yang dipilih adalah dari spesies Nepenthes gracilima, Nepenthes sanguinea, Nepenthes gracilis, dan Nepenthes ampullaria. Penyelidikan di Rumah Teduh Fakulti Sains & Teknologi merupakan kajian terhadap adaptasi spesies periuk kera iaitu Nepenthes rafflesiana, Nepenthes benstonei dan Nepenthes sanguinea.
Pages: 404-413 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394396
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.