Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394393
Title: Influence of meteorological factors to the composition of atmospheric aerosols in Malaysia
Authors: Mohd Talib Latif
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Pencemaran udara
Radiasi solar
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Sejak beberapa tahun yang lepas, pencemaran udara telah menjadi masalah utama di Malaysia. Bahan pencemar udara yang dijana daripada sumber tempatan dan daerah lazimnya dipengaruhi oleh faktor meteorologi. Kajian ini bertujuan untuk memahami perkaitan antara parameter meteorologi dengan kepekatan dan taburan PMlO di Semenanjung Malaysia. Pengukuran zarahan terampai (PMlO) dijalankan setiap enam hari dari tahun 2000 ke 2008 di tujuh tapak kawasan pengukuran yang diuruskan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di derah berbeza di Semenanjung Malaysia, seperti Sitiawan, Mersing, Kota Bharu, Chuping, Kluang, Kuantan and Petaling Jaya, Data meteorologi, suhu, kelembapan, tekanan atmosfera, kelajuan angin dan radiasi solar telah dikorelasikan dengan kepekatan PM10 yang direkodkan di setiap stesen. Model Hybrid Single??Particle Lagrangian Integrated Trajectory (HYSPLIT) telah digunakan untuk melihat lintasan kebelakang bagi pergerakan udara dan sumber jisim udara apabila kepekatan PM10 memberikan bacaan yang tinggi. Data menunjukkan bahawa di setiap stesen, nilai korelasi (nilai R2) antara PM10 dan faktor meteorologi didapati tinggi ketika monsoon barat daya dan monsoon timur laut. Suhu, kelembapan relatif, radiasi solar, penyejatan dan air hujan merupakan faktor yang signifikan (p<O.Ol) berbanding faktor-faktor lain yang mempengaruhi PM10 di kebanyakkan stesen. Kepekatan PM10 di Petaling Jaya yang terletak di kawasan perbandaran dilihat memberikan nilai purata harian PM10 yang tinggi. Analisis lintasan ke belakang pula menunjukkan bahawa kepekatan PM10 adalah dipengaruhi oleh jisim udara yang datang daripada daerah seperti Indo??China dan Sumatra.
Pages: 373-390 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.