Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394331
Title: | Development of an integrated waste management technology in UKM main campus |
Authors: | Hassan Basri Rakmi Abd Rahman Irfana Nurul Ain Abd Jalil Noor Ezlin Ahmad Basri Fatihah Suja Othman Jaafar Shahrom Md Zain Ahmed elShafie Muhammad Mukhlisin Khairul Nizam Maulud Zawawi |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Sisa pepejal |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Kadar penjanaan sisa pepejal di UKM ialah kira-kira 8 tan sehari dengan anggaran mempunyai penghuni seramai 30,000 orang termasuk pensyarah, kakitangan dan pelajar. Objektif utama kajian ini adalah menentukan dan membandingkan komposisi dan pencirian sisa pepejal perbandaran dari kajian sumber dan berpusat di UKM. Terdapat dua jenis ujikaji dilakukan iaitu ujikaji di tapak dan ujikaji di makmal. Ujikaji di tapak adalah menentukan komposisi sisa pepejal mengikut pengasingan di sumber dan pengasingan berpusat. Manakala ujikaji makmal adalah menentukan pencirian sisa pepejal iaitu kandungan kelembapan, pH dan nisbah organik C/N. Pengasingan di sumber dilakukan di 12 lokasi kajian di UKM selama tujuh hari berturut-turut mulai 24/2/09 hingga 2/3/09 manakala pengasingan berpusat dilakukan hanya pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu mulai 27/7/09 hingga 22/8/09 semasa semester perkuliahan. Daripada hasil kajian awal ini, kajian keberkesanan kaedah pengkomposan sedang dilakukan untuk sisa makanan yang terjana dari kafeteria. Manakala, kajian kesesuaian penggunaan tong kitar semula juga dijalankan. |
Pages: | 808-810 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.