Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394325
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Mohd Shafeea Leman | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T07:44:57Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T07:44:57Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110948 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394325 | - |
dc.description.abstract | Negara-negara rantau Asia Tenggara mempunyai kepelbagaian sumber geowarisan yang sangat kaya dan sejarah geologi yang sangat rencam. Bagaimanapun, sebahagian besar sumber geowarisan di rantau ini telahpun termusnah akibat utilisasi sumber bumi bernilai ekonomi tanpa kawalan lantaran kebergantungan kebanyakan negara di rantau ini terhadap komoditi primer berasaskan sumber bumi. Hakikat ini menambahkan lagi nilai warisan terhadap sumber geowarisan yang masih wujud pada hari ini. Secara amnya sumber geowarisan yang ada pada hari ini mempunyai nilai ekonominya lebih rendah berbanding sumber yang telah dieksploit. Namun, dengan perkembangan teknologi termoden tidak heran jika suatu ketika nanti sumber geowarisan ini juga akan meningkat nilai ekonominya untuk dieksploit bagi pelbagai aplikasi yang kian meningkat. Ini bermakna hampir semua sumber geowarisan terdedah kepada ancaman kemusnahan sekiranya tidak ada usaha bersepadu dilakukan bagi memulihara sumber asli bumi yang tidak boleh diperbaharui ini. Sejarah geologi menunjukkan bahawa Asia Tenggara terbentuk akibat proses tektonik yang rencam membabitkan percantuman berperingkat beberapa blok atau teren yang terpecah dan terpisah dari superbenua Gondwana pada waktu berlainan (Hutchison 2007, Metcalfe 1996). Manifestasinya, sempadan politik bukanlah sempadan geologi yang nyata kerana kebanyakan formasi batuan didapati berterusan hingga ke beberapa negara berjiranan walaupun telah sekian lama dikenali dengan nama-nama berlainan. Untuk itu, hanya melalui kajian secara rantau akan membolehkan sesuatu penyelidikan dan penafsiran geologi itu dilakukan dengan tepat. Kajian geowarisan secara rantau pula pasti membolehkan perbandingan nilai warisan, justeru pentarafan dilakukan dengan asas yang lebih kukuh. Sekaligus, kajian rantau ini boleh dijadikan landasan bagi menguji keberkesanan kerangka penyelidikan yang telah diasaskan oleh Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM) (Ibrahim Komoo 2003, Ibrahim Komoo et al. 2004) di samping membuka peluang bagi penerokaan potensi penggunaan entiti pemuliharaan serta pengurusan sumber geowarisan yang disarankan oleh KWGM (Ibrahim Komoo 2003, Ibrahim Komoo et al. 2004, Shaharuddin Mohamad Ismail et al. 2004, Mohd Shafeea Leman & Ibrahim Komoo 2006). Kajian ini juga akan melihat potensi pembangunan lestari pelbagai sumber geowarisan di rantau ini, termasuk pembangunan yang menggunapakai konsep geopark. Pembangunan sesuatu kawasan yang kaya dengan kepelbagaian sumber geowarisan bertahap rantau sebagai geopark memerlukan input geologi lengkap serta lain-lain sumber warisan alam semulajadi, budaya dan tradisi setempat (UNESCO 2007). Selain maklumat ini, hubungan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan perlu diwujudkan dalam menjamin kekayaan sumber asli ini dipulihara dan dibangunkan secara lestari, lazimnya melalui aktiviti geopelancongan (Mohd Shafeea Leman et al. 2007). Di rantau Asia Tenggara, inisiatif pembangunan geopark masih berada pada tahap awal dan KWGM berhasrat mempelopori inisiatif ini di peringkat rantau dengan memberi sokongan penyelidikan dan kepakaran yang perlu. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi | - |
dc.subject | Sumber Geowarisan | - |
dc.subject | Geopark | - |
dc.title | Sumber geowarisan dan pembangunan geopark di rantau Asia Tenggara | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.format.pages | 757-765 p. | - |
dc.identifier.callno | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem | - |
dc.contributor.conferencename | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP | - |
dc.coverage.conferencelocation | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi | - |
dc.date.conferencedate | 22/01/2010 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.