Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394324
Title: Sumber warisan geologi jalur tengah Semenanjung Malaysia untuk pembangunan lestari
Authors: Basir Jasin
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Endapan samudera
Endapan daratan
Geologi
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Kawasan Jalur Tengah Semenanjung Malaysia di batasi oleh sutura Bentong-Raub di bahagian barat dan sesar lebir di timur. Batuan endapan terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan endapan samudera berusia Permo-Trias dan kumpulan endapan daratan berusia Jura-Kapur, Endapan samudera terdiri daripada Formasi Gua Musang, Formasi Aring, Fromasi Semantan dan Formasi Gemas. Eondapan kebenuaan pula terdiri daripada Kumpulan Tembeling. Disamping itu terdapat juga batuan igneus Komplek Stong yang berusia Kapur. Terdapat juga batuan volkano berusia Perm-Trias seperti andesit dan riolit. Sutura Bentong-Raub merupakan sesuatu yang sangat menarik dalam sejarah geologi. Sutura ini pada masa Karbon merupakan satu lautan yang lebar dikenali sebagai Lautan Tethys. Lautan ini tertutup pada Trias oleh perlanggaran kepingan Sibumasu dengan Kepingan Malaya Timur. Sutura Bentong??Raub mempunyai kelebaran antara 14 hingga 18 km. yang dicirikan oleh melange' yang terdiri daripada blok-blok pelbagai jenis batuan yang tertanam dalam matriks lumpur. Kepelbagaian warisan geologi dan lanskap yang menarik terdapat di Jalur Tengah Semenanjung Malaysia boleh dimajukan untuk pembangunan geopelancongan. Outcome projek ini diharapkan dapat mengenalpasti warisan geologi untuk pembangunan geopark.
Pages: 753-756 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.