Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394318
Title: | Rainwater harvesting system - application of traditional practice for urban areas |
Authors: | Adi Irfan Che Ani |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Pencemaran Alam sekitar Sumber air |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Perkembangan kehidupan yang pesat dan pencemaran alam sekitar telah mengakibatkan kejadian kekurangan sumber alam semulajadi. Antara masalah yang sering dihadapi pada masa kini ialah kekurangan sumber bekalan air bersih. Masalah air ini dijangka akan menjadi lebih teruk pada masa akan datang. Secara teorinya, kuantiti air di bumi sekarang adalah sama dengan dahulu, yang berbeza hanyalah kualiti air. Pencemaran menyebabkan kuantiti air yang boleh digunapakai dan diminum menjadi terhad. Untuk mengatasi masalah ini, banyak pihak telah bertungkus lumus untuk mendapatkan sumber air yang selamat untuk digunakan, dan salah satu penyelesaian yang dicadangkan ialah pengaplikasian sistem penuaian air hujan. Sistem ini merupakan sebahagian daripada Seni Bina lestari yang semakin diberi perhatian oleh masyarakat zaman sekarang, kerana ia adalah seni bina yang mesra alam. Tambahan pula, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai taburan hujan yang banyak sepanjang tahun. Pada masa kini, Kerajaan Malaysia memberi perhatian serius terhadap pelaksanaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH). Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggalakkan semua bangunan baru mengaplikasikan SPAH. KPKT juga telah menghasilkan garis panduan mengenai kaedah penuaian air hujan. Langkah??langkah berkenaan telahpun dilaksanakan oleh pihak kerajaan tempatan untuk mendorong orang ramai mengaplikasikan SPAH di bangunan masing-masing. Penyelidikan ini melihat konsep penggunaan air hujan pada masa dahulu untuk disesuaikan dengan kehidupan pada masa kini. Lawatan-lawatan tapak adalah dilakukan bagi melihat secara realiti projek-projek SPAH secara tradisional dan moden di Malaysia. |
Pages: | 716-723 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.