Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394307
Title: Pemetaan taburan kepelbagaian serangga di Cameron Highlands, Pahang
Authors: Ng. Yong Foo
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Serangga
Pahang
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Projek penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kepelbagaian serangga (pepatung, kumbang, kupu-kupu dan thrips) di Cameron Highlands dan bebarapa habitat yang lain. Secara umumnya, pengumpulan serangga telah bertumpu di Cameron Highlands dengan perbandingan taburan serangga ini pada altitud berbeza. Pengumpalan serangga juga telah dilakukan di beberapa habitat terpilih seperti Bukit Fraser di Pahang, Gunung Nuang di Selangor dan Hutan Paya Gambut Sungai Bebar di Runchang, Pahang. Secara keseluruhannya, sejumlah 512 spesies serangga telah direkod daripada projek penyelidikan ini iaitu sebanyak 280 spesies serangga dari Cameron Highlands, 133 spesies serangga dari Gunung Nuang, Selangor, 27 spesies serangga dari Bukit Fraser (13 spesies pepatung dan 14 spesies thrips), dan 72 species serangga dari hutan paya gambut di Sungai Bebar, Pahang. Sebanyak 2 spesies baru dan 6 rekod baru pepatung telah ditemui melalui hasil penyelidikan projek ini. Dua kertas kerja telah diterbitkan, manakala dua lagi dalam proses penulisan peringkat akhir. Projek penyelidikan ini dijangka akan tamat pada hujung 2010 dan dijangka akan memberikan hasil yang memuaskan berdasarkan penerbitan-penerbitan yang disasarkan.
Pages: 637-641 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394307
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.