Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394303
Title: | Makmal realiti maya futures: pendekatan visualisasi suara, haptik, intuitif dan interaktif (VISI-LAB)/Virtual reality futures lab: voice, haptic, intuitive and interactive visualization approach (VISI-LAB) |
Authors: | Halimah Badioze Zaman Azlina Ahmad Riza Sulaiman Haslina Arshad Nor Faezah Yatim Amelia Natasha Abdul Wahab Aidanismah Yahya Tengku Mohd Tengku Sembok |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Teknologi Realiti Maya |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Teknologi baru tidak semesti menghasilkan proses pembelajaran yang berkesaan. Teknologi realiti maya secara khususnya, tidak pasti dapat memperbaiki pembelajaran. Walau bagaimanapun, teknologi persekitaran realiti maya mempunyai potensi untuk menjadi sebuah pengalaman yang amat berkesan untuk pelajar dan juga pengajar. Para konstruktivisme lazimnya menekan kepada persekitaran dan alat yang boleh membantu pelajar membuat intepretasi dunia dengan mencipta pengetahuan mereka sendiri. Pembelajaran perlu dibentuk oleh pelajar sendiri supaya mereka dapat mencapai hasil yang terbaik. Proses pengajaran dan pembelajaran yang membenarkan pelajar menjadi aktif dalam proses pembelajaran mereka akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Penyelidikan tentang makmal maya dalam bidang sains telah dijalankan dengan andaian bahawa kaedah pembelajaran sains secara konvensional adalah kurang berkesan (Baharuddin et.al 2001; Norashiken & Halimah 2005), kerana penemuan eksperimen yang dilaksanakan apabila tidak dikendalikan mengikut prosedur yang betul tidak akan dapat dibuktikan dengan tepat dalam dunia sebenar. Penyelidikan tentang penggunaan makmal maya dalam matematik dan bahasa juga telah menunjukkan hasil penemuan yang positif (Argonne National Laboratory 2007). Konsep 'learning by doing' berasaskan pendekatan intuitif dan interaktif membenarkan pelajar supaya aktif dan berdikari dalam proses pembelajaran mereka. Pendekatan teknologi computer vision akan diterapkan dalam Visi-Lab yang dibina dalam mengorganisasi pangkalan data 3D dan imej maya, objek modeling bagi matematik, sains dan bahasa serta mempertingkatkan interaksi manusia-komputer, bagi membolehkan pelajar mengalami 'hands-on'. Visi-Lab dapat membantu mereka mengalami pengalaman pembelajaran yang tidak mungkin mereka alami. Makmal maya ini direka bentuk supaya dapat diintegrasikan dengan makmal khusus seperti makmal maya Kimia (Vlab-Chem); makmal maya matematik (VLab-Maths], makmal maya Fizik (Vlab-Physics) dan makmal maya bahasa (Vlab-EngPeotry). Sistem Mg sys Visi untuk pelajar bermasalah penglihatan, juga akan diintegrasikan dengan makmal maya tersebut. Sistem ini pada akhirnya boleh dipadankan dengan teknologi mudah alih supaya makmal maya ini akan dapat digunakan dalam aplikasi mudah alih seperti telefon mudah alih dan juga PDA (Hardy 2006) dalam budaya yang didorong oleh budaya maya hari ini. |
Pages: | 588-598 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.