Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394291
Title: | Pembangunan sistem rangkaian IPv6, sistem kawalan gentian optik dan skema tandatangan digital bagi meningkatkan keselamatan capaian rangkaian |
Authors: | Kasmiran Jumari |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | INTERNET Gentian Optik Komunikasi Multimedia |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Ketika ini pengalamatan semua komputer yang disambungkan di INTERNET menggunakan alamat IPv4. Alamat IPv4 yang hanya menggunakan 32 bit bagi ruang alamatnya tidak dapat menampung pertambahan bilangan komputer yang disambungkan di INTERNET dewasa ini. IPv6 yang menggunakan 128 bit dicadangkan menggantikan tempat IPv4. Namun begitu terdapat isu migrasi dari IPv4 ke IPv6 yang perlu ditangani. Antara isu yang perlu diatasi adalah isu sekuriti dan penggunaan aplikasi sedia ada. UKM kini perlu mempunyai kesediaan untuk migrasi ke IPv6 yang dirancang ini. Gentian optik telah banyak digunakan sebagai media penghantaran data berjalurlebar tinggi dalam penyediaan infrastruktur rangkaian komputer. Penggunaan gentian optik ke rumah?? rumah (FTTH) merupakan satu kaedah yang dapat menyediakan komunikasi multimedia yang memerlukan capaian data yang tinggi tadi. Namun begitu terdapat isu keselamatan penggunaan cahaya laser yang digunakan dalam media gentian optik itu sendiri terutama apabila terjadi kerosakan fizikal kepada gentian optik tersebut. Sistem pemonitoran dan kawalan yang dibangunkan dapat mengatasi masalah ini. Penghantaran data melalui rangkaian sedia ada perlu melalui rangkaian awam yang mempunyai kemungkinan capaian data yang tidak sah yang di luar dari kawalan pengguna. Oleh itu penggunaan skema tandatangan digital diperlukan bagi meningkatkan keselamatan capaian data di rangkaian komputer. Skema Tandatangan Digital yang sedia ada mempunyai kelemahan dari segi pengurusan tandatangan yang boleh diekspolit oleh penggodam. Skema baru ini memperbaiki kelemahan yang ada. |
Pages: | 506-518 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.