Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394288
Title: Network management tool
Authors: Rosilah Hassan
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Sistem Pengurusan Rangkaian
Aplikasi
Teknologi
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Quality of Service' (QoS) adalah merupakan gambaran keseluruhan pengalaman pengguna atau aplikasi yang diterima daripada rangkaian. Ia melibatkan pelbagai teknologi, senibina dan protokol. QoS meliputi lebar jalur, 'throughput', 'jitter', kebolehpercayaan, 'perceived quality' dan koso Manakala sistem 'Security and Quality-of-Service' (SQoS) mempunyai objektif dan pelaksanaan senibina yang berbeza. Tiada protokol khusus yang dibangunkan untuk mengukur keselamatan sebagai parameter bagi QoS. Fungsi utama SQoS terdiri daripada pelbagai aspek yang meliputi keselamatan rangkaian, kerahsiaan, pengesahan, nyahpenolakan, kawalan capaian, pengesanan serangan rangkaian, integriti, akaun dan kuarantin trafik yang mencurigakan. Pada masa kini, rangkaian komunikasi terdiri daripada pelbagai rangkaian khusus di mana rangkaian ini dibangunkan dengan menggunakan protokol yang berasingan. Ini menyebabkan setiap rangkaian tidak serasi antara satu sarna lain dan seterusnya menyebabkan masalah dalam sistem pengurusan sub-rangkaian, Keadaan ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar di mana pengurusan rangkaian komunikasi menjadi lebih komplek. Justeru itu maka, adalah amat penting untuk mewujudkan satu konsol pengurusan rangkaian yang dapat menggabungkan kesemua fungsi pengurusan rangkaian yang meliputi penyeliaan maklumat, pengurusan perkhidmatan dan penyelenggaraan. Dengan itu semua permasalahan yang timbul pada satu sistem pengurusan rangkaian operasi dapat dibangunkan. Pada masa kini terdapat banyak kajian berkaitan pengurusan rangkaian namun diharapkan kajian ini dapat melengkapi kajian-kajian yang sebelumnya. Projek kajian ini adalah untuk membangunkan satu sistem pengurusan rangkaian yang memiliki ciri-ciri tersendiri. Senibina sistem pengurusan rangkaian akan direka dan teknik yang sesuai akan dipilih. Untuk mengkaji pencapaian sistem, ekperimen yang terdiri daripada kaedah simulasi dan praktikal sebenar dilakukan.
Pages: 485-490 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.