Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394283
Title: Perubahan iklim dan kesihatan awam : impak dan intervensi
Authors: Er Ah Choy
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Perubahan Iklim
Sistem Ekologikal
Pencemaran Udara
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Perubahan iklim mengakibatkan tekanan ke atas biosfera bumi dan sistem-sistem ekologikal yang berkaitan. Penilaian ini telah disokong oleh Panel Antara-Kerajaan Perubahan Iklim (Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC). (Kovats, Ebi dan Menne 2003). Faktor?? faktor utama yang mengakibatkan tekanan ke atas bumi ialah aktiviti ekonomi dan penduduk yang amat bergantung kepada bahanapi fosil. Pemindahan gas rumah kaca ke dalam atmosfera bumi mengakibatkan intensifikasi kesan rumah kaca. Kejadian tersebut mengakibatkan perubahan ke atas iklim dan cuaca. Tambahan pula, sesetengah daripada gas tersebut menjejaskan lapisan ozon stratosferik dan mengakibatkan peningkatan dalam radiasi ultra ungu ke atas permukaan bumi. Perubahan persekitaran dari segi suhu dan proses pemendakan memberi impak yang merugikan ke atas kesihatan manusia yang berbeza-beza antara sebuah negara dengan negara lain. Kesan perubahan iklim terhadap kesihatan manusia seperti mana yang dikategorikan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ialah:- o Kesan langsung daripada haba dan gelombang haba, o Pencemaran udara o Bencana: banjir dan angin ribut o Penyakit berkaitan-vektor o Penyakit cirit-birit berkaitan air dan makanan o Pemupusan ozon stratosferik Di negara sedang membangun maupun di negara membangun, penilaian di peringkat nasional bagi potensi kesan perubahan iklim ke atas kesihatan manusia masih terhad (Kovats et al., 2003). Limitasi tersebut juga merangkumi agihan reruang penyakit kesan daripada perubahan iklim. Penilaian di peringkat nasional untuk menilai risiko perubahan iklim memudahkan pembuat dasar mengamalkan respons adaptatif dan mitigasi. Antara lain, respons adaptatif dan mitigasi dari segi polisi, strategi dan langkah-langkah perlu dilaksanakan pada masa kini dan juga bagi generasi akan datang demi mengurangkan potensi kesan terhadap kesihatan yang merugikan. Tambahan pula, masih kekurangan kajian atau penilaian di peringkat nasional bagi impak sosio-ekonomi dan kos sosio-ekonomi yang berkaitan akibat perubahan iklim ke atas kesihatan manusia.
Pages: 454-462 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.