Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394279
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorNihayah Mohammad-
dc.contributor.authorNoor Ibrahim Mohamed Sakian-
dc.contributor.authorKanaga Kumari A/P Chelliah-
dc.contributor.authorSiti Munirah Haris-
dc.contributor.authorIsmail Bahari-
dc.contributor.authorHidayatul Fathi Othman-
dc.contributor.authorBariah Mohd Ali-
dc.contributor.authorRuhani Ibrahim-
dc.contributor.authorRoslee Rajikin-
dc.contributor.authorNoor Alauddin Abdul Wahab-
dc.contributor.authorSaadah Mohamed Akhir-
dc.contributor.authorZahara Abdul Manaf-
dc.contributor.authorLeonard Joseph-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:44:33Z-
dc.date.available2023-06-15T07:44:33Z-
dc.identifier.otherukmvital:107355-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394279-
dc.description.abstractPembangunan dan kemajuan negara yang pesat banyak bergantung kepada taraf kesihatan rakyatnya. Justeru, penggemblengan usaha haruslah difokuskan kepada peningkatan taraf kesihatan ke tahap yang optimum. Antara masalah utama yang membantutkan kesedaran dan kepekaan masyarakat terhadap kesihatan adalah kerana kekurangan promosi kesihatan yang dilakukan secara berterusan oleh mana-mana pihak. Sehubungan dengan itu, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) melalui Program Komuniti Sihatnya telah menjalankan penyelidikan berbentuk komuniti di beberapa kampong di Kundang Ulu, Mukim Ledang, Johor, Antara kajian yang dijalankan ialah mengenalpasti paras glukosa, kolestrol total darah, paras haemoglobin, pengukuran antropometri, kaunseling pemakanan, saringan penglihatan, pendengaran dan pertuturan ke atas kanak-kanak dan dewasa, mengenalpasti perkembangan kemahiran kanak-??kanak melalui aktiviti permainan kanak-kanak dan remaja, nasihat fisioterapi, dan pemeriksaan sendiri payudara. Disamping itu melihat hubungkait di antara tahap aktiviti fizikal dengan kecergasan fizikal, fungsi kognitif dan masa bereaksi di kalangan kanak, mengenalpasti hubungan unsur surih dan logam berat dengan fungsi kognitif di kalangan pelajar sekolah rendah Daerah Ledang, Johor, kajian entomologi dalam kajian intervensi di Felda Sri Ledang, Sri Jaya dan Kampong di kawasan Ledang, Johor, Kajian ini melibatkan 3 fasa iaitu, fasa pertama, melibatkan soalselidik, pemeriksaan kesihatan dan menentukan kumpulan sasaran. Ianya diikuti dengan fasa intervensi, iaitu mengadakan ceramah, khidmat nasihat, kaunseling, aktiviti fizikal, poster dan pamphlet. Fasa seterusnya melihat kembali seperti di fasa pertama untuk mengukur keberhasilan program intervensi yang dijalankan. Program ini telah dilaksanakan pada 25-26 Oktober 2008, 7-8 Februari 2009 dan 21 November 2009 untuk mendapatkan data asas bagi merangka perkhidmatan selanjutnya. Beberapa masalah yang dihadapai oleh sebahagian penduduk telah dikenalpasti dan antaranya ialah hipertensi, paras kolesterol yang tinggi, diabetes, obesiti, kurang berat badan, masalah pendengaran dan masalah penglihatan iaitu rabun dekat dan katarak yang kebanyakannya di kenalpasti pada individu yang berumur. Data yang diperolehi akan dianalisis dan digunakan untuk memperbaiki ststus kesihatan penduduk setempat. Selain itu diharap dapat memperluaskan pengetahuan mereka terhadap kaedah menjaga kesihatan dan cara hidup yang sihat secara sistematik.-
dc.language.isomay-
dc.publisherBangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi-
dc.subjectTaraf Kesihatan-
dc.subjectProgram Komuniti-
dc.titlePenilaian keberkesanan intervensi kesihatan terhadap penduduk di Kundang Ulu, Muar, Johor-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages278-282 p.-
dc.identifier.callnoQ180.55.G7 S445 2010 kat sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi-
dc.date.conferencedate22/01/2010-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.