Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394278
Title: Audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kolej-kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia: kajian pembentukan penunjuk kolej selamat
Authors: Kadaruddin Aiyub
Shaharuddin Ahmad
Azahan Awang
Lukman @ Zawawi Mohamad
Azmi Aziz
Samsu Adabi Mamat
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Kolej Kediaman
Universiti Kebangsaan Malaysia
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Berdasarkan laporan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKKP) UKM, nisbah kemalangan tempat kerja di UKM ialah 0.65:8000 pekerja dan pelajar pada tahun 2007. Walaupun nisbah ini kecil, adalah perlu diingat bahawa terdapat kemalangan kecil yang tidak dilaporkan. Berdasarkan piawaian kerajaan, walau sekecil mana kemalangan atau insiden yang hampir menyebabkan kemalangan, ianya harus dilapor. Kesedaran dan pematuhan terhadap peraturan sebegini haruslah ditekankan kepada kakitangan dan pelajar khususnya di kolej-kolej kediaman. Penyelidikan ini memberikan tumpuan terhadap aspek persekitaran tempat tinggal dan kawasan bekerja yang disediakan oleh majikan dan bagaimana implikasinya terhadap kakitangan dan pelajar di kolej kediaman. Aspek ini sebenarnya berkait dengan pematuhan terhadap perundangan, prosedur dan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia dan Pejabat Pengawas Keselamatan, UKM. Antara tujuan penyelidikan ini ialah mengenalpasti tahap kesedaran dan kepatuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan kakitangan dan pelajar kolej, UKM, mengaudit aspek keselamatan dan kesihatan perkerjaan di setiap kolej kediaman di UKM berasaskan piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara, serta membangunkan kerangka manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan kolej-kolej kediaman. Metodologi penyelidikan ini berasaskan proses dan hasil audit bagi setiap kemudahan pelajar, pejabat dan kawasan kediaman pelajar di UKM khususnya kepada 13 kolej kediaman yang telah dipilih. Satu perancangan audit dan kriteria audit telah direka bentuk berasaskan peraturan dan garis panduan yang disediakan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Selain itu, bagi mendapat input daripada penghuni kolej, satu set soal selidik akan direka bentuk dan ditadbir di kalangan kakitangan dan penghuni kolej. Seramai 2600 responden akan dipilih dari setiap kolej di UKM. Jangkaan output penyelidikan ini antara lain ialah memperolehi input perlaksanaan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang boleh diaplikasikan di UKM, pelaksanaan secara menyeluruh aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi semua kemudahan pelajar di kolej kediaman serta memperkemaskan proses dan prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UKM.
Pages: 273-277 p.
Call Number: Q180.55.G7S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.