Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394275
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorNor Azan Hj. Mat Zin-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:44:31Z-
dc.date.available2023-06-15T07:44:31Z-
dc.identifier.otherukmvital:107337-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394275-
dc.description.abstractMukim Kampung Kundang Ulu telah dijadikan sebagai kampung angkat oleh UKM di bawah Projek Khidmat Masyarakat Kampung Kundang Ulu semenjak 17 Februari 2007. Ketiga-tiga sekolah dikawasan ini iaitu SK Kundang Ulu, SM Agama Shamsuddiniah dan SMK Tengku Temenggong Ahmad (SMKTTA) telah dipilih untuk menyertai projek ini yang dikoordinasikan oleh Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat (Office of University-Society Relation). SMKTTA telah memohon secara rasmi untuk membangunkan infrastruktur IT di sekolah tersebut. Sejajar dengan falsafah dan misi UKM menuju ke arah Universiti Penyelidikan, Projek Peningkatan Literasi ICT Kundang Ulu diwujudkan dengan hasrat dapat memberi manfaat kepada warga SMKTTA khususnya dan masyarakat di Mukim Kundang Ulu amnya. Justeru, beberapa program telah dilaksanakan bagi memfokuskan kepada meningkatkan kadar pengetahuan celik IT dikalangan guru, pelajar dan warga penduduk Mukim Kundang Ulu. Program tersebut ialah menganjurkan bengkel latihan ICT, menambahbaik prasarana rangkaian internet tanpa wayar (wireless) di SMKTTA serta pemasangan pelayan (server) bagi tujuan pemantauan kadar pengunaan internet. Program seterusnya memfokuskan kepada kaedah capaian maklumat menggunakan Internet dengan lebih cekap, berkesan dan beretika. Selain itu, beberapa siri ceramah mengenai kesedaran ICT dan kepentingan teknologi Internet dirancang bagi meluaskan lagi skop projek ini. Melalui bengkel latihan ICT yang telah terlaksana sehingga kini, kumpulan sasaran memberikan respon dan hasil penyelidikan yang sangat memberangsangkan. Analisis daripada setiap program yang dijalankan telah memberikan idea dan cadangan penambahbaikan kepada setiap bengkel seterusnya. Ternyata, program yang telah dilaksanakan sememangnya menepati kehendak dan keperluan kumpulan sasaran. Hasilnya, kadar penggunaan Internet di SMKTTA telah meningkat dan lebih ramai pelajar mampu berinteraksi dan menggunakan Internet. Beberapa modullatihan ICT telah berjaya disiapkan dan digunakan secara efektif dalam bengkel latihan ICT. Sehingga kini, kumpulan sasaran telah berjaya menghasilkan laman web dan laman blog mereka sendiri dan pemantauan dari masa ke semasa telah menunjukkan peningkatan dan kesedaran dari aspek kemahiran dan pengetahuan.-
dc.language.isomay-
dc.publisherBangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi-
dc.subjectProjek Khidmat Masyarakat-
dc.subjectLiterasi ICT-
dc.titleProjek peningkatan literasi ICT Kundang Ulu-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages246-257 p.-
dc.identifier.callnoQ180.55.G7 S445 2010 kat sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi-
dc.date.conferencedate22/01/2010-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.