Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394272
Title: | Kesan program ko-kurikulum ke atas pencapaian akademik, kepuasan terhadap aktiviti kokurikulum dan perkembangan sosial dan psikologikal dalam kalangan pelajar IPTA |
Authors: | Noriah Mohd. Ishak |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Pencapaian akademik Aktiviti Ko-kurikulum Psikologi |
Conference Date: | 22/04/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Kajian ini melihat kesan program ko-kurikulum ke atas pencapaian akademik, kepuasan terhadap aktiviti ko-kurikulum dan perkembangan sosial dan psikologikal dalam kalangan pelajar IPTA. Kajian ini telah dijalankan dalam dua fasa. Bagi setiap fasa tiga aktiviti pengumpulan data telah dilakukan iaitu: pengumpulan data menggunakan alat ujian psikometrik, pemerhatian menggunakan camcorder video dan temu bual dalaman dengan pelajar-pelajar yang telah dipilih sebagai subjek kajian. Seramai 750 orang pelajar tahun pertama dari lima buah universiti telah dipilih untuk menjadi subjek kajian ini. Data dari fasa pertama telah dianalisis untuk menentukan nilai kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur yang digunakan. Data kualitatif dari pemerhatian tidak berstruktur dan temu bual dalaman pula telah di analisis menggunakan perisian NVIV08 untuk membentuk tema dan subtema yang boleh menerangkan kepuasan pelajar terhadap semua aktiviti ko-kurikulum yang telah mereka ambil pada semester pertama sesi 2009/2010. Fasa ke dua akan dijalankan pada bulan Mac 2010. Data fasa satu akan dibandingkan dengan data yang akan dikumpulkan pada fasa dua untuk melihat keberkesanan aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan. |
Pages: | 234-238 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.