Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394259
Title: Kesatuan tradisi lisan dan tulisan dalam kreativiti minda Melayu
Authors: Haron Daud
Noriah Mohamed
Hanapi Dollah
Misran Rokimin
Mawar Shafei
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Tradisi Lisan
Masyarakat Melayu
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Masyarakat Melayu sejak zaman tradisional hingga kini mempunyai daya kreatif yang tinggi sebagaimana yang terpancar dalam tradisi lisan dan tulisan mereka. Tradisi lisan dalam kajian ini akan tertumpu kepada ilmu perbomohan yang mengandungi ungkapan magis dan sangat fungsional dalam masyarakat. Tradisi tulisan pula tertumpu kepada manuskrip tentang raja-raja Melayu yang mencerminkan jati diri Melayu dan boleh dijadikan teras pembangunan negara bangsa, manakala tulisan berbentuk fiksyen seperti cerpen dan novel (tahun 2000-2005) merupakan wadah bagi pengarang mengemukakan idea dan kritikan sosial untuk menyedarkan masyarakat. Walaupun terdapat pembahagian iaitu tradisi lisan dan tulisan, namun kedua-keduanya mempunyai kesatuan yang membolehkan karya-karya berkenaan terus berkembang mengikut peredaran masa dan keadaan. Berdasarkan hipotesis bahawa terdapat kesatuan antara tradisi lis an dan tulisan, maka kajian yang lebih mendalam tentangnya perlu dilakukan. Karya- karya lisan dan tulisan Melayu merupakan wadah pencipta atau pengarangnya memancarkan minda masyarakat Melayu. Kajian ini cuba menangani permasalahan tentang sejauhmana wujudnya kesatuan antara tradisi lisan dan tulisan dalam memancarkan kreativiti minda Melayu. Penyelidikan akan dijalankan di beberapa kawasan alam Melayu, Nusantara dan beberapa buah perpustakaan di Eropah. Beberapa orang sarjana telah mengkaji dan menulis tentang sejarah kesusasteraan Melayu, antaranya R.O. Winstedt, Liaw Yock Fang, Teuku Iskandar dan Harun Mat Piah et al. Winstedt (1969) dalam bukunya A History of Classical Malay Literature memperlihatkan corak pemikiran Melayu dipengaruhi unsur luar seperti Hindu-Buddha dari India dan Islam dari Arab-Parsi, baginya orang Melayu seolah-olah memiliki suatu kekosongan. Nada sedemikian semacam diteruskan oleh Liaw Yock Fang (1991) Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik ~ Manakala Teuku Iskandar (1995) dalam karyanya Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjatu; Abad memecahkan penghasilan kesusasteraan Melayu mengikut masa dan kuasa yang memerintah negara-negara di Nusantara, dalam pada itu beliau masih memperlihatkan adanya pengaruh luar seperti Hindu dan Islam. Sehingga kini nampaknya Harun Mat Piah et al (2000) dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional telah keluar daripada persepsi sarjana-sarjana lain. Mereka tidak lagi memperlihatkan alur pemikiran orang Melayu berdasarkan pengaruh asing sebaliknya mereka mengenengahkannya mengikut genre seperti sastera rakyat, sastera epik, sastera kitab hinggalah kepustakaan ilmu tradisiona1. Walau bagaimanapun belum ada satu kajian yang memperlihatkan adanya kesatuan antara tradisi lisan dan tulisan (termasuk cerpen dan novel) berhubung dengan kreativiti minda Melayu.
Pages: 159-164 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.