Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394257
Title: Unsur-unsur rasional dan saintifik dalam pemikiran Melayu
Authors: Wan Mohd Nor Wan Daud
Nik Anuar Nik Mahmud
Ding Choo Ming
Zawiyah Baba
Khalif Muammar
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Epistemologi Melayu
al-Raniri
Alam Melayu
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Kumpulan Pembinaan Teori dan Epitemologi Melayu telah melakukan kajian terhadap sebuah manuskrip penting yang memancarkan pandangan alam dan epistemologi Melayu pada abad ke- 17 Masehi. Kumpulan yang diketuai oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud ini berhasil mengkaji sebuah karya al-Raniri yang difikirkan yang terawal dan antara yang terpenting tetapi kurang mendapat perhatian para sarjana selama ini. Setelah ditemukan dan diteliti 15 manuskrip dari Kuala Lumpur, Jakarta dan Aceh, didapati bahawa Durr al-Fara'id bi Sharh al- Aqa'id, adalah karya al-Raniri yang pertama dan yang membuktikan ketokohannya sebagai seorang ahli Kalam dan perencanaan program pendidikan sebagai ulama besar di Alam Melayu. Karya ini selesai ditulis oleh al-Raniri pada 1040 Hijriah (1630 M), beberapa tahun sebelum beliau diundang ke Aceh untuk menjadi Mufti kerajaan Aceh Darussalam. Kajian mendapati karya ini telah tersebar luas di Alam Melayu dan banyak disalin oleh para penyalin dari berbagai generasi. Karya ini juga sangat penting untuk disorot dan diperkenalkan kembali kerana ia adalah karya tentang akidah (theology), atau lebih khusus tentang i'tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan meliputi pelbagai dimensi seperti epistemologi, ontologi, shariah, siyasah dan melambangkan pemikiran Melayu Islam yang sangat komprehensif. Walaupun ia adalah karya terjemahan kepada Sharh al-Aqa'id al-Nasafiyyah oleh al-Taftazani, namun al-Raniri menyumbang lebih kurang 50% daripada pemikirannya sendiri serta menyesuaikannya dengan konteks Alam Melayu. Kerana bersandarkan kepada karya besar iaitu 'Aqa'id al-Nasafi, yang diterima luas di dunia Islam, perbincangan penting dan asasi yang terdapat dalam karya ini membuatkannya pantas disebut sebagai sebuah karya besar yang menggambarkan pandangan alam (worldview) umat Islam di Alam Melayu pada abad ke-17 dan seterusnya. Hasil kajian ini telah dibentangkan pada Seminar Budaya, sempena Pekan Kebudayaan Aceh ke-5, yang diadakan lima tahun sekali dan dianjurkan oleh Pemerintah Aceh pada 10-11 Ogos 2009. Kertas kerja yang sarna juga telah dibentangkan di UKM dalam Siri Wacana Fikir ATMA pada 24 November 2009. Penyelidikan ini dilakukan dengan dana penyelidikan GUP (UKM-GUP- JKKBG-08-06-021) yang masih berlangsung sehingga Jun 2010.
Pages: 143-153 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.