Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394251
Title: Penilaian program pembasmian di kalangan wanita : kajian kes ibu tunggal
Authors: Nor Aini Haji Idris
Faridah Shahadan
Doris Padmini Selvaratnam
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Sosioekonomi
Kadar Kemiskinan
Ibu Tunggal
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Penurunan kadar kemiskinan secara keseluruhan sebenarnya tidak menggambarkan keadaan taraf sosioekonomi keseluruhan penduduk. Program kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak memberi implikasi yang sama kepada semua golongan masyarakat. Mengikut dimensi kerniskinan, wanita yang menjadi ibu tunggal adalah antara kumpulan yang termasuk dalam kategori miskin yang harus diberi perhatian selain Orang Asli, kaum minoriti Sabah dan Sarawak, pekerja pertanian, OKU dan warga emas. Kemiskinan di kalangan ibu tunggal berlaku disebabkan faktor-faktor bilangan tanggungan yang ramai, melakukan pekerjaan yang tidak menjana pendapatan yang tinggi di sektor tidak formal, tidak bekerja, tidak melakukan kerja sampingan, umur yang tua dan tidak sihat serta pendidikan yang rendah. Ini bermakna masalah kemiskinan berkait rapat dengan faktor kemanusiaan. Kajian ini melibatkan 500 ibu tunggal di mana 60.2% dari bandar dan 39.8% dari luar bandar. Daripada jumlah responden yang ditemu bual, sebanyak 63.6% menyertai program dan 36.4% tidak menyertai program. Dari segi tahap pendidikan sebanyak 76.4% berada dalam kategori pendidikan sekolah rendah, PMR dan SPM. Sebanyak 59.0% responden terpaksa menanggung anak yang masih bersekolah dan 43.6% tidak mempunyai sebarang kemahiran. Faktor utama yang menyebabkan responden menjadi ibu tunggal adalah kematian suami (66.6%), diikuti dengan bercerai (25.0%), ditinggalkan suami (8.0%) dan suami uzur atau kurang upaya (0.4%).
Pages: 99-103 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.