Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394245
Title: Pelaksanaan pelan strategik pemasaran antarabangsa pengajian tinggi Malaysia di UKM : kajian terhadap pelajar-pelajar
Authors: Siti Rugayah Hj. Tibek
Jamal Othman
Kamaruzaman Yusoff
Wan Kamal Mujani
Maznah Ibrahim
Sahilah Abd Mutalib
Tamat Sarmidi
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Pemasaran Antarabangsa
Pelan Strategik
UKM
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Dalam penghuraian Pelan Strategik Pemasaran Antarabangsa 2006 - 2010 menggariskan tujuh pendekatan utama iaitu menawarkan program pengajian yang berkualiti pada kos yang termampu, menyatupadukan aktiviti promosi, melicinkan proses kemasukan dan sokongan pelajar, meningkatkan pengiktirafan dan kerjasama peringkat antarabangsa, meningkatkan sinergi pengajian tinggi dan pelancongan, memperkemaskan sistem kawalan kualiti dan meningkatkan keupayaan sistem pengajian tinggi (Pelan Strategik KPT 2005 dan Pelan Transformasi KPT 2008). Setelah dua tahun pelancaran pelan strategik ini adalah sesuai untuk dikaji setakat manakah pencapaian UKM ke arah pelaksanaan pelan strategik tersebut. Fokus kajian ialah pelajar Asia Barat. Pelajar Asia Barat di IPTA meningkat dari 548 orang pada tahun 1999 kepada 2,756 pada tahun 2006. Peningkatan purata 46% setahun dengan Iran tertinggi dengan kadar 200% setahun (Kementerian Pengajian Tinggi:2007). Objektif Penyelidikan ini ialah pertama mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap pengajian tinggi di UKM di kalangan pelajar-pelajar dari Asia Barat, kedua mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh UKM dan pelajar Asia Barat di UKM. Ketiga, menganalisis perbandingan antara UKM dan IPTA yang lain di Malaysia dari aspek pelaksanaan pelan strategik pemasaran antarabangsa KPT. Keempat, mencadangkan mekanisme untuk meningkatkan kemasukan pelajar dari Asia Barat. Ini merangkumi analisis peluang dan cabaran yang dihadapi oleh UKM Kajian ini menumpukan kepada lima buah Universiti di Malaysia iaitu empat universiti Penyelidikan dan juga Universiti Islam Antarabangsa kerana Universiti ini dianggap menerima ramai pelajar di peringkat antarabangsa. Kajian dilakukan dengan mendapatkan dokumen berkaitan kemasukkan dan perkembangan pelajar sisawazah daripada bahagian yang bertanggungjawab disetiap universiti. Soalselidik juga diedarkan kepada 50 orang pelajar bagi setiap universiti. Temubual juga dijalankan kepada mereka yang berkaitan iaitu pegawai yang terlibat dengan pengurusan pelajar siswazah di setiap universiti. Soalselidik dan temubual adalah bertujuan mendapatkan maklumbalas yang boleh menjawab objektif kajian. Hasil kajian masih diperingkat penyediaan.
Pages: 64-67 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.