Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394242
Title: Pengertian warga Malaysia mengenai sekolah" dan "pendidikan": satu kajian etnografi berasaskan konteks alam budaya"
Authors: Ong Puay Liu
Shamsul Amri Baharuddin
Helen Ting
Anuar Ahmad
Nur Atiqah Tang Abdullah
Ong Puay Hoon
Paul Porodong
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Pendidikan
Etnografi
Sekolah
Alam Budaya
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Kajian ini merupakan satu kajian exploratory mengenai hubungan antara tiga perkara utama, iaitu sistem pendidikan Malaysia, erti sekolah dan pendidikan daripada sudut pandangan pelajar sekolah menengah, dan perkaitan dengan alam budaya sebenar hidup mereka serta negara Malaysia amnya. Remaja adalah sumber paling berharga bagi sesebuah negara, dan pendidikan merupakan sektor utama bagaimana negara dapat memastikan golongan remaja ini diberi peluang mengembang potensi, kemahiran dan jati diri, dan seterusnya berfungsi sebagai warga negara yang bertanggung jawab dan berguna untuk negara. Pendidikan bukan saja mengajar individu membaca, menulis dan mengira, tetapi juga mengajar individu bagaimana untuk hidup dan membentuk hubungan mesra dengan orang lain, tidak kira warna kulit, budaya, agama, jantina, pendidikan dan status ekonomi. Justeru, bagi negara berbilang kaum yang berhasrat mempunyai rakyat yang dapat hidup harmonis dan bersatu padu, pendidikan adalah wahana utama untuk menjadikan pelajar sebagai warganegara yang tahu, faham, hormat orang lain dan dapat hidup harmonis dengan orang lain yang berlainan agama, etnik, bahasa dan latar belakang. Kajian ini berhujah bahawa hasrat negara sebegini tidak akan tercapai sekiranya sistem pendidikan sedia ada tidak mengandungi komponen pembelajaran 'kepelbagaian etnik dan budaya' (multi??ethnic and inter-cultural learning). Dalam konteks pelajar sekolah Malaysia, apakah sistem pendidikan yang mereka lalui menggalakkan keinginan untuk pergi sekolah dan menuntut ilmu, memberi peluang belajar tentang etnik budaya dan agama lain, serta bergaul dan membentuk hubungan bermakna dengan pelajar-pelajar yang berlainan agama, etnik, bahasa dan latar belakang? Kajian ini berpandangan bahawa sistem pendidikan perdana negara Malaysia lebih mengutamakan kandungan kurikulum 3R, iaitu wRiting, Reading dan aRithmetic, dan kurang penekanan kepada komponen pembelajaran 'kepelbagaian etnik dan budaya', yang akan membekalkan keupayaan membentuk hubungan bermakna, iaitu meaningful Relationship, dengan pelajar-pelajar yang berlainan agama, etnik, bahasa dan latar belakang. Kajian ini berhujah bahawa sistem pendidikan Malaysia, yang memberat kepada 3R, perlu memuatkan 1R lagi, iaitu Relationship. Kajian ini memilih Sabah dan Sarawak sebagai lokasi kajian, di mana dua buah sekolah menengah luar bandar dan dua buah sekolah menengah bandar dipilih sebagai sasaran kajian. Pelajar Tingkatan 1-5 disasarkan untuk terlibat dalam kajian ini dan kaedah mengumpul data adalah melalui soal selidik dan temuramah.
Pages: 37-49 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.