Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394237
Title: Kerjasama dua hala Malaysia-Jepun dalam industri makanan halal
Authors: Sharifah Shazwani Syed Mohamed
Mohd Ali Mohd Noor
Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
Conference Name: Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF)
Keywords: Industri Makanan Halal-Jepun
Industri Makanan Halal-Malaysia
Conference Date: 24/08/2016
Conference Location: Kuala Lumpur
Abstract: Industri halal global berpotensi untuk diterokai dan dirintis dalam pelbagai sudut seperti kewangan Islam, makanan dan pelancongan halal. Selari dengan peningkatan pasaran halal global dalam trend pasaran di luar negara, kebanyakan negara menggunakan konsep halal sebagai alat baru pemasaran bagi menembusi pasaran halal disamping meningkatkan pendapatan negara. Jepun sebagai sebuah negara ekonomi ketiga terbesar dunia juga tidak melepaskan peluang untuk terlibat secara langsung dalam industri halal. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menempa nama dalam industri halal global antaranya ialah mengadakan kerjasama dua hala antara Jepun-Malaysia. Malaysia mempunyai kekuatan yang kukuh untuk terus dikenali sebagai hub halal kerana Malaysia telah membuktikan kejayaan dalam industri makanan halal global. Namun, sebagai sebuah negara minoriti Muslim, kemampuan Jepun untuk berdiri teguh dalam industri halal setanding dengan negara pengeksport makanan halal seperti Australia dan New Zealand menimbulkan tanda tanya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat perkembangan kerjasama Malaysia-Jepun dalam industri makanan halal. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis dokumen primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati Jepun mempunyai potensi yang tinggi untuk terus berkembang dalam industri halal sekaligus mampu meningkatkan tahap kerjasama Malaysia-Jepun dalam industri makanan halal.
Pages: 405-413 p.
Call Number: HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.