Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394230
Title: Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): implementasi dalam produk pembiayaan kenderaan daripada sudut memenuhi keperluan pengguna.
Authors: Nazhatul Shima Abdul Rahman
Conference Name: Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF)
Keywords: Al-Murabahah Purchase Order (MPO)
Sistem Perbankan Islam
Conference Date: 24/08/2016
Conference Location: Kuala Lumpur
Abstract: Pembiayaan atau pinjaman kenderaan hari ini, ditawarkan oleh institusi kewangan dengan menawarkan kemudahan pembiayaan sistem perbankan Islam dan konvensional. Kaedah sewa beli konvensional yang menggunakan konsep sewa beli secara Islam iaitu kontrak Al-ljarah Thumma Al Bai (AITAB) merupakan konsep yang telah lama diterima dan diguna pakai di Malaysia. Namun sejak Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diperkenalkan pada tahun 2013, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah memperkenalkan kontrak jual beli dalam pembelian kenderaan menggunakan kontrak Murabahah Purchase Order (MPO) yang merupakan satu bentuk kontrak yang baru kepada pengguna yang ingin mendapatkan pembiayaan kenderaan secara Islam. Namun persoalannya, adakah pengguna mengetahui dan memahami tentang kontrak MPO berbanding dengan kontrak sewa beli. Selain itu, adakah kontrak ini benar-benar memenuhi kehendak pengguna daripada sudut maqasid syariah iaitu antara lainnya menjaga agama dan harta. Justeru objektif kajian ini ialah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman pengguna terhadap kontrak MPO. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap kontrak MPO daripada aspek memenuhi keperluan pengguna serta aspek maqasid syariah. Kajian awal ini akan menganalisis menggunakan data primer melalui borang soal selidik yang akan diedarkan dikalangan 32 orang responden yang terdiri daripada pelanggan BIMB yang berurusan untuk mendapatkan pembiayaan kenderaan di Pusat Pembiayaan Automobil (PPA) di Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden mengetahui dan memahami kontrak MPO ini serta mendapati kontrak ini dapat memenuhi keperluan pengguna dari aspek maqasid syariah iaitu menjaga agama dan harta. Beberapa implikasi dasar serta cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini.
Pages: 322-333 p.
Call Number: HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394230
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.