Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394229| Title: | Potensi pembiayaan kewangan islam dalam peningkatan produktiviti perladangan kelapa sawit di kalangan pekebun kecil |
| Authors: | Muhammad Zaid Fahmi Mahadzir |
| Conference Name: | Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF) |
| Keywords: | Kewangan Islam Pekebun Kecil Kelapa Sawit |
| Conference Date: | 24/08/2016 |
| Conference Location: | Kuala Lumpur |
| Abstract: | Industri minyak sawit kini menjadi salah satu komponen penting bagi ekonomi Negara. Sehingga tahun 2012, keluasan tanaman kelapa sawit dikalangan pekebun kecil telah bertambah sebanyak 70% dalam tempoh siri masa selama 20 tahun. Walaupun begitu, pengeluaran hasil tanaman kelapa sawit di kalangan pekebun kecil masih belum berada di tahap yang optimum iaitu secara purata sebanyak 18.8 tan per hektar setahun berbanding hasil yang mampu digapai iaitu sebanyak 30 tan per hektar setahun, Oleh itu, tujuan kertas kajian ini ada1ah untuk mengenalpasti peranan sistem kewangan Islam dalam mempengaruhi perubahan taraf hidup dan kestabilan pengeluaran hasil kelapa sawit di kalangan pekebun keeil. Maklumat diperolehi hasil daripada kaedah soal selidik terhadap 150 orang responden di kalangan pekebun keeil kelapa sawit di daerah Baling, Kedah. Hasil kajian mendapati bahawa lebih daripada 50% responden sedar akan kepentingan pembiayaan kewangan Islam untuk menampung kekeringan dana pengurusan kebun pada situasi kejatuhan harga dalam jangka masa yang panjang. Kajian mencadangkan agar penambahbaikan dasar bagi membantu organisasi zakat dan baitulmal untuk bergabung kepakaran dan usaha bersama-sama dengan instirusi perbankan sedia ada untuk menyediakan struktur pembiayaan Islam kepada pekebun kecil yang lebih fleksibel dan beringkat sesuai dengan kitaran hayat kelapa sawit. |
| Pages: | 313-321 p. |
| Call Number: | HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem |
| Publisher: | Kewangan Sosial Islam = Islamic Social Financial (Ke-3, Kewangan Sosial Islam, : 2016 Kuala Lumpur).,Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394229 |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.