Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394228
Title: Penerimaan penjawat awam terhadap skim perlindungan takaful keluarga di Putrajaya
Authors: Ratna Edayu Jumiran
Hendon Redzuan
Conference Name: Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF)
Keywords: Takaful
Kewangan Islam
Conference Date: 24/08/2016
Conference Location: Kuala Lumpur
Abstract: Kewujudan industri Takaful di Malaysia telah menggalakkan lagi pembangunan industri kewangan Islam di Malaysia. Skim perlindungan takaful keluarga adalah satu alternatif kepada masyarakat Islam sebagai satu alat pengurusan risiko yang berasaskan prinsip-prinsip syariah. Kertas kerja ini bertujuan bagi menilai sejauh mana penerimaan penjawat awam terhadap skim perlindungan takaful keluarga dengan melihat kepada corak penerimaannya. Seramai 114 orang responden yang terlibat bagi menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan yang terdiri daripada penjawat awam di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bagi membuktikan kajian ini, ia menggunakan dua kaedah iaitu kaedah perolehan data dan kaedah penganalisa data. Kaedah perolehan data menggunakan data-data premier dan data-data sekunder iaitu melalui pembacaan hasil penyelidikan yang lepas dan melalui borang soal selidik. Manakala kaedah penganalisa data dilakukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu analisis regresi berganda dan analisis min skor. Hasil dapatan kajian mendapati mendapati bahawa pendapatan amat mempengaruhi penerimaan penjawat awam terhadap skim perlindungan takaful keluarga di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Pages: 291-312 p.
Call Number: HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.