Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394226
Title: | Penganggaran tahap kesolvenan pengendali takaful dengan skor-Z altman |
Authors: | Noor Huzaidah Husin Rubayah Yakob Hairunnizam Wahid |
Conference Name: | Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF) |
Keywords: | Kesolvenan Takaful Insurans |
Conference Date: | 24/08/2016 |
Conference Location: | Kuala Lumpur |
Abstract: | Kajian ini bertujuan untuk mengira tahap kesolvenan pengendali takaful di Malaysia dengan menggunakan Skor-Z Altman. Beberapa penganggar kesolvenan telah pun dibangunkan dan diguna pakai dalam industri, antaranya termasuk Margin Kesolvenan (Margin of Solvency [MOS]), Modal Berasaskan Risiko (Risk??Based Capital [RBCD, Keupayaan Membayar Tuntutan (Claim Paying Ability [CPA]) dan Penarafan CAMEL (CAMEL Rating). Masalah maklumat tidak simetri yang sememangnya wujud dalam industri insurans (takaful) sekaligus menyebabkan maklumat daripada pengukuran-pengukuran ini lebih bersifat tertutup. Akibatnya, pengguna dan pemegang polisi sendiri tidak maklum tentang tahap kesolvenan penanggung insurans dan pengendali takaful yang berada di pasaran bagi membantu membuat pilihan yang tepat untuk mendapatkan perlindungan. Kajian ini akan mengenalpasti tahap kesolvenan pengendali??pengendali takaful di Malaysia untuk tempoh tiga tahun yang bermula dari tahun 2012-2014. Selain itu, pengendali takaful akan ditarafkan berdasarkan skor kesolvenan yang diperolehi. Terdapat lima nisbah dengan pemberat yang berbeza diambil kira iaitu nisbah kecairan (liquidity ratio), nisbah keuntungan (profit ratio), nisbah leveraj (leverage ratio), nisbah kesolvenan (solvency ratio) dan nisbah aktiviti (activity ratio) di bawah kaedah Skor-Z Altman (pembuatan) dan Skor-Z Altman (bukan pembuatan). Hasil kajian menunjukkan secara purata pada tahun 2012, 2013 dan 2014, pengendali takaful berada dalam keadaan 'petanda buruk' apabila menggunakan kaedah Skor-Z Altman (pembuatan). Sebaliknya, dengan menggunakan kaedah Skor-Z Altman (bukan pembuatan) yang mempunyai tafsiran berbeza, secara purata pengendali takaful berada dalam keadaan 'berjaga-jaga' pada tahun 2012 dan 2013. Pada tahun 2014 pula, secara purata pengendali takaful berada dalam keadaan 'petanda buruk'. Seterusnya penarafan dibuat berdasarkan keputusan skor yang diperolehi. Pada tahun 2012, AmFamily Takaful Bhd menduduki tempat yang teratas manakala Syarikat Takaful Malaysia Bhd menduduki tempat terbawah di kalangan pengendali takaful. Pada tahun 2013, pengendali takaful yang menakluki tempat teratas ialah Hong Leong MSIG Takaful Bhd manakala di tempat terbawah masih lagi Syarikat Takaful Malaysia Bhd. HSBC Amanah Takaful Sdn Bhd pula menduduki tempat pertama pada tahun 2014 manakala Takaful Ikhlas Sdn Bhd menduduki tempat terakhir sekali. Secara keseluruhan, pengendali takaful yang berstatus asing lebih baik berbanding pengendali takaful tempatan. Seterusnya, jelas dilihat perbezaan penarafan tidak berlaku berdasarkan keputusan Skor-Z Altman (pembuatan) mahu pun Skor-Z Altman (bukan pembuatan) walaupun keputusan diperolehi mempunyai nilai yang berbeza. Tiada perbezaan di dalam penarafan ini dikuatkan lagi dengan ujian korelasi rank Spearman dimana keputusan yang diperolehi adalah sama. |
Pages: | 264-279 p. |
Call Number: | HG3300.6.A6 K436 2016 katsem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.