Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394225
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMardziah Idris-
dc.contributor.authorHendon Redzuan-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:44:02Z-
dc.date.available2023-06-15T07:44:02Z-
dc.identifier.otherukmvital:101871-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394225-
dc.description.abstractSetiap golongan dalam masyarakat berhak mendapat peluang sama rata untuk perlindungan daripada risiko dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan mereka. Namun, melalui data dan kajian lepas menunjukkan masih wujud golongan yang tidak mendapat sebarang perlindungan daripada risiko terutamanya golongan berpendapatan rendah. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa insuran mikro merupakan salah satu altematif untuk perlindungan risiko khusus kepada golongan berpendapatan rendah. Manakala takaful mikro merupakan mekanisme perlindungan risiko yang berlandaskan prinsip??prinsip syariah untuk golongan miskin dan kurang bemasib baik. Takaful mikro merupakan salah satu komponen penting dalam strategi dalam membasmi kemiskinan yang seterusnya dapat membangunkan ekonomi masyarakat sesebuah negara. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat prospek pelaksanaan takaful mikro serta cabaran dan halangan yang dihadapi berdasarkan amalan insuran mikro yang telah dilaksanakan di negara-negara lain. Wujud peluang yang besar untuk pasaran takaful mikro berkembang terutama di negara-negara membangun di mana majoriti penduduk adalah beragama Islam. Dalam konteks Malaysia, telah wujud skim-skim takaful mikro tetapi masih belum menyeluruh dan meliputi semua golongan kerana masih ada sebahagian kelompok masyarakat yang tidak mendapat sebarang perlindungan. Oleh itu, satu kerangka konsep dan model takaful mikro perlu dilaksanakan dengan kerjasama daripada kerajaan, institusi zakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak lain sebagai garis panduan kepada industri membangunkan produk takaful mikro yang sesuai serta memenuhi keperluan dan kemampuan golongan berpendapatan rendah. Kajian ini diharap dapat membantu pihak pembuat dan pelaksana dasar, operator takaful serta organisasi lain merancang dan membangunkan pasaran takaful mikro. Di samping itu dapat meningkatkan ekonomi dan kehidupan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah.-
dc.language.isomay-
dc.publisherBangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi-
dc.subjectTakaful-
dc.subjectInsurans-
dc.titleMelindungi golongan berpendapatan rendah melalui takaful mikro: prospek & cabaran-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages245-263 p.-
dc.identifier.callnoHG3300.6.A6 K436 2016 kat sem-
dc.contributor.conferencenamePersidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF)-
dc.coverage.conferencelocationKuala Lumpur-
dc.date.conferencedate24/08/2016-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.