Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394215
Title: | Proposal penubuhan platform crowdfunding berasaskan wakaf dari segi perundangan Malaysia |
Authors: | Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran Suhaili Alma' amun Asrna Hakimah Ab. Halim |
Conference Name: | Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF) |
Keywords: | Wakaf Crowdfunding Kutipan Awam |
Conference Date: | 24/08/2016 |
Conference Location: | Kuala Lumpur |
Abstract: | Isu mengenai wakaf telah banyak dibahaskan oleh para 'ulama, ahli akademik, dan pengamal dalam industri kewangan Islam. Mereka berhujah bahawa penggunaan wakaf untuk pembangunan ummah adalah terbatas atas beberapa sebab. Antaranya ialah masalah kekurangan bekalan tenaga kerja dan kekurangan kepakaran tenaga manusia yang meyumbang kepada masalah pentadbiran Baitul Mal yang dikritik sebagai kurang cekap dan sistematik. Artikel ini ditulis untuk memperkenalkan cadangan penubuhan platform crowdfunding (???kutipan awam) berasaskan wakaf di bawah Labuan International Waqf Foundation (LIWF) bagi mengatasi kelemahan sistem pentadbiran wakaf yang sedia ada. la kemudiannya mengkaji perundangan Malaysia yang mengawal platform tersebut di samping mendalami sebarang halangan perundangan. Beberapa kes juga akan dibincangkan untuk melihat aspek praktikal beberapa perkara. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti platform wakaf yang boleh mendapatkan kepercayaan masyarakat di samping cara untuk mengekalkan platform tersebut. Hasil kajian boleh membantu penggubal undang-undang dan pengawal selia dalam menambahbaik undang-undang wakaf sedia ada dan menggalakkan wakaf serta kutipan awam sebagai medium untuk menderma di samping mengukuhkan pembangunan sosio-ekonomi ummah. Kajian ini menyimpulkan bahawa platform kutipan awam berasaskan wakaf merupakan salah satu alternatif untuk pembangunan ummah." |
Pages: | 104-128 p. |
Call Number: | HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394215 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.