Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394210
Title: Implikasi pendedahan pelaporan wakaf dalam penyata kewangan: kajian terhadap Majlis Agama Islam Selangor
Authors: Nur Fahana Zahari
Nur Adila Ayub
Hairunnizam Wahid
Conference Name: Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF)
Keywords: Majlis Agama Islam Negeri
Wakaf
Conference Date: 24/08/2016
Conference Location: Kuala Lumpur
Abstract: Pendedahan maklumat berkaitan wakaf adalah penting bagi meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap sesebuah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam menguruskan dana wakaf. Sejak kebelakangan ini, institusi MAIN sebagai institusi pemegang amanah pengurusan harta umat Islam di sesebuah negeri telah melakukan pelbagai inovasi dan strategi dalam mengembangkan harta wakaf di Malaysia termasuklah pengenalan beberapa skim wakaf seperti skim wakaf korporat, wakaf tunai, wakaf harta tak alih dan sebagainya. Namun begitu, persoalannya ialah sejauhmanakah tahap pendedahan maklumat tersebut didedahkan secara jelas dan terperinci kepada pemegang taruh seperti institusi dan masyarakat Islam. Ini kerana, pihak pemegang taruh ini amat mengharapkan segala dana yang telah disumbangkan dalam bentuk wakaf berjaya menghasilkan manfaat terhadap umat Islam. lsu lain yang timbul juga ialah masih tiada lagi satu bentuk pendedahan pelaporan wakaf yang seragam antara institusi MAIN. Sebagai institusi pemegang amanah, pihak MAIN perlu menunjukkan akauntabiliti serta ketelusan mereka kepada orang ramai melalui pelaporan kewangan yang kemas dan sistematik yang akhirnya bakal memnaklumkan kepada pemegang taruh bagaimana mereka telah menguruskan harta wakaf dengan lebih berkesan. Justeru, objektif kajian ini ialah mengkaji pengurusan perakaunan institusi wakaf di Malaysia serta mengkaji sama ada kesan amalan pendedahan perakaunan pelaporan kewangan oleh institusi wakaf terhadap harta wakaf. Kajian ini memfokuskan terhadap dua institusi MAIN yang bertanggungjawab untuk menguruskan harta wakaf iaitu Majlis Agarna Islam Selangor (MAIS) melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Penyata wakaf oleh MAIS akan dianalisis menggunakan analisis pelaburan dan istibdal yang terdapat dalam laporan kewangan pengurusan wakaf mengikut standard piawaian pelaporan wakaf oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebagai tanda aras pengurusan wakaf yang terbaik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa MAIS telah berjaya memberi satu pelaporan pengurusan wakaf yang baik dan berkesan. Namun begitu, kajian mendapati institusi MAIS mempunyai pengurusan wakaf yang agak cekap. telus dan akauntabiliti serta laporan kewangan yang mudah dicapai oleh pemegang taruh. Ini adalah kerana pelaporan wakaf oleh MAIS melalui PWS telah mengikut rangka kerja perakaunan yang tepat serta pendedahan yang perlu didedahkan kepada orang awam. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.
Pages: 43-52 p.
Call Number: HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.