Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394206
Title: | Peranan waqaf dalam meningkatkan pendapatan nelayan tradisional di Kuala Langat |
Authors: | Aidil Afandi Mohamad Alias Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Mohd Adib Ismail |
Conference Name: | Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF) |
Keywords: | Waqaf Wakaf Nelayan-Kuala Langat |
Conference Date: | 24/08/2016 |
Conference Location: | Kuala Lumpur |
Abstract: | Sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971, pelbagai usaha pembangunan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan salah satu tujuan utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan. Namun begitu menurut Rancangan Malaysia Kesebelas, komuniti nelayan masih lagi tergolong dalam kumpulan pendapatan isi rumah B40 (Unit Perancang Ekonomi 2015). Kajian ini bertujuan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh golongan nelayan tradisional dan potensi pembangunan wakaf untuk golongan nelayan tradisional khususnya di kawasan Kuala Langat. Kaedah kajian adalah bersifat kualitatif menerusi kaedah perpustakaan dengan merujuk kepada jumal, artikel persidangan, laporan statistik selain melibatkan temubual dengan beberapa responden yang terdiri daripada masyarakat setempat dan badan pelaksana yang terlibat di dalam kawasan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan wakaf untuk golongan nelayan tradisional di kawasan Kuala Langat boleh direalisasikan dan akan memberikan impak positif terhadap taraf hidup golongan nelayan tradisional di kawasan ini seterusnya dijadikan model untuk dilaksanakan di kawasan lain. Kejayaan perlaksanaan wakaf untuk golongan nelayan tradisional ini bergantung sepenuhnya kepada komitmen dan sokongan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program demi meningkatkan taraf hidup golongan nelayan tradisional ini tanpa ada sebarang U11Sur kepentingan peribadi daripada pihak tertenru. |
Pages: | 8-17 p. |
Call Number: | HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi, Selangor |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.