Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394082
Title: | Pengaruh sosio-budaya komuniti Iban dan hubungannya dengan komitmen dalam pelajaran. |
Authors: | Derrick Warren Saging |
Conference Name: | Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat |
Keywords: | Pengaruh Sosio-Budaya Komuniti Iban Pembangunan Pendidikan |
Conference Date: | 05/03/2015 |
Conference Location: | IPG Kampus Batu Lintang Sarawak |
Abstract: | Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh sosio-budaya komuniti Iban dan hubungannya dengan komitmen dalam pelajaran. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah 'mix-method' iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Dua tahap kajian digunakan iaitu tahap pertama adalah tinjauan ibu bapa dan pelajar dan tahap kedua ialah kajian kes secara mendalam terhadap pelajar dan ibu bapa yang menghadapi masalah komitmen dalam pelajaran. Sebanyak 4 buah sekolah menengah akan dijadikan lapangan dan pelajar-pelajar serta ibu bapa meraka akan dijadikan responden .. Data diperolehi secara temubual, rakaman audio, borang senarai semak, analisa buku kedatangan murid kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan ujian korelasi Spearman, dan Ujian-t melalui perisian Statistical Package of the Social Science for Windows" (SPSS). Pengaruh sosio-budaya akan dapat diperhatikan dan komitmen dalam pelajaran dapat dikenalpasti apabila data telah diperolehi. Kajian ini difikirkan amat penting bagi melihat komitmen masyarakat Iban di Sarawak dalam arena pendidikan memandangkan masyarakat ini berstatus majoriti namun tidak tersohor dalam kebanyakkan aspek baik dalam sektor awam atau swasta. Orang perseorangan dan ketua-ketua masyarakat dijangkakan akan mengambil pendekatan yang lebih berdedikasi demi pembangunan pendidikan masyarakat ini nanti. Kajian ini juga penting kepada institusi-institusi awam dan swasta amnya dan Kementerian Pendidikan khususnya demi melonjakkan pembangunan modal insan secara global setelah melihat hasil kajian secara timbal balik kemudiannya boleh digunakan sebagai bahan resolusi ke arah yang positif." |
Pages: | 391-409 p. |
Call Number: | PL5103.P744 2015 kat sem |
Publisher: | Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.