Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394074
Title: | Teknik visual-ikon dalam pengajaran kemahiran menulis ayat mudah murid pemulihan khas. |
Authors: | Nurul Nabihah Ishak Zamri Mahamod |
Conference Name: | Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat |
Keywords: | Kemahiran Menulis Pemulihan Khas |
Conference Date: | 05/03/2015 |
Conference Location: | IPG Kampus Batu Lintang Sarawak |
Abstract: | Kajian ini telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah bagi murid-murid pemulihan khas. Kajian dijalankan ke atas murid?? murid tahun dua daripada Sekolah Kebangsaan Gunong Ngeli, Simunjan, Sarawak. Murid yang dipilih adalah seramai tiga orang yang berumur dalam lingkungan lapan tahun. Fokus kajian ini berkenaan dengan penekanan terhadap kemahiran menulis ayat mudah. Instrumen yang telah digunakan untuk mendapatkan dapatan tinjauan awal adalah pemerhatian, temubual dan ujian saringan khas literasi. Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, murid?? murid masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran menulis ayat mudah dengan baik. Malah murid juga mengalami masalah dalam menulis ayat mudah yang gramatis. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, terdapat beberapa tindakan intervensi yang telah dirancang. Tindakan-tindakan ini melibatkan kemahiran menulis ayat mudah, yang pada asasnya adalah berbantukan komputer dan latihan pengukuhan. Malah, terdapat juga teknik soal jawab, teknik warna dan teknik visual-ikon yang digunakan sebagai medium untuk meningkatkan penguasaan dalam pembinaan ayat mudah. Rekabentuk kajian ini adalah kajian tindakan yang bersifat kualitatif dan kuantitatif. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam tindakan-tindakan ini adalah analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Manakala, cara menganalisis data adalah dengan menggunakan graf bar dan pengekodan. Hasil daripada intervensi yang telah dilaksanakan pada kitaran pertama hingga ketiga mendapati bahawa murid-murid berjaya menunjukkan peningkatan yang positif dan memberansangkan. Di samping itu, murid juga telah berjaya menunjukkan peningkatan menulis ayat mudah dengan baik. Dengan ini, ia membuktikan bahawa kajian yang telah dilaksanakan mampu untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah bagi murid-murid pemulihan khas. Namun, pada kajian yang seterusnya, dicadangkan tiga lagi kata tanya dalam teknik Visual-Ikon akan diaplikasikan. |
Pages: | 279-298 p. |
Call Number: | PL5103.P744 2015 kat sem |
Publisher: | Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.,Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394074 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.