Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394069
Title: Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran pemahaman bacaan.
Authors: Siti Nurliyana Ab. Halim
Zamri Mahamod
Conference Name: Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat
Keywords: kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT)
Conference Date: 05/03/2015
Conference Location: IPG Kampus Batu Lintang Sarawak
Abstract: Amalan berfikir aras tinggi perlu ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam meramal, merumus, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam mempelajari pembelajaran pemahaman bacaan. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran pemahaman bacaan. Kajian ini juga melihat pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran pemahaman bacaan. Kajian ini melibatkan 368 orang pelajar tingkatan 4 di lima buah sekolah di Kuala Lumpur. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dengan lima skala likert bagi tujuan mengumpulkan data. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian dan hasil kajian rintis menunjukkan instrumen yang digunakan mempunyai keboleh?? percayaan yang tinggi dan kekal digunakan dalam kajian sebenar. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan program SPSS 22.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min bagi tahap pengetahuan (min=3.60) dan tahap kesediaan (min=3.44) pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran pemahaman bacaan berada pada tahap sederhana. Manakala tahap sikap (min=3.71) pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran pemahaman bacaan berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini membuktikan bahawa KBAT dapat membantu pelajar membina pemahaman membaca serta membantu keupayaan pelajar berfikir secara kritikal.
Pages: 261-278 p.
Call Number: PL5103.P744 2015 kat sem
Publisher: Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.