Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394062
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorSiti Salwah Atan-
dc.contributor.authorJamaludin Badusah-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:42:37Z-
dc.date.available2023-06-15T07:42:37Z-
dc.identifier.otherukmvital:98797-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394062-
dc.description.abstractTeknologi mencipta perubahan kepada kaedah pembelajaran. Dengan adanya kemudahan teknologi dalam kelas, pelajar berpeluang mengalami satu pengalaman yang tidak dapat disediakan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Pengajaran dan pembelajaran menerusi pengaplikasian rangkaian sosial telah menjadi trend dewasa ini yang digunakan secara global dan merupakan revolusi yang telah meresap ke seluruh peringkat pendidikan. Menerusi pengaplikasian alatan rangkaian sosial, murid diharap tidak lagi hanya bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat semata-mata, malah mereka boleh menyediakan maklumat dan berkolaborasi dengan rakan lain. Penggunaan teknologi pula haruslah digabungjalinkan dengan pedagogi yang bersesuaian agar pengintegrasian ini dapat memberi nilai tambah terhadap aktiviti p&p. Pengajaran dan pembelajaran menerusi pengaplikasian Google Plus boleh dijalankan dengan sokongan pihak sekolah, kementerian dan masyarakat dengan menyediakan prasarana dan jaringan internet yang baik untuk kegunaan semua warga sekolah. Dengan kemudahan jaringan internet yang semakin baik, ini merupakan salah satu inisiatif untuk mengintegrasikan rangkaian sosial dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif. Populariti pelbagai alatan rangkaian sosial telah mendorong para pendidik untuk menggunakan Google Plus sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada murid untuk lebih meningkatkan pencapaian pelajaran mereka. Justeru, kertas konsep ini akan membincangkan definisi pedagogi abad 21, kepentingan pedagogi abad 21 dan penggunaan aplikasi Google Plus dalam kalangan guru BM. Akhir sekali dicadangkan pembinaan sebuah model konsep pedagogi abad 21 BM berasaskan aplikasi rangkaian sosial Google Plus.-
dc.language.isomay-
dc.publisherBangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.,Bangi-
dc.subjectPedagogi-
dc.subjectBahasa Melayu-
dc.titlePedagogi abad 21 berbasiskan rangkaian sosial google plus dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu .-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages57-64 p.-
dc.identifier.callnoPL5103.P744 2015 kat sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat-
dc.coverage.conferencelocationIPG Kampus Batu Lintang Sarawak-
dc.date.conferencedate05/03/2015-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.