Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394034
Title: Literasi teknologi media dalam mengkonstruk pembinaan makna remaja ke atas bahan dokumentari sejarah
Authors: Mohd. Nor Shahizan Ali
Conference Name: Sidang Kemuncak Sejarah (History Summit) Malaysia (2013 : Kuala Lumpur)
Keywords: Literasi teknologi maklumat
Media
Sejarah
Conference Date: 17/12/2013
Conference Location: Wisma Sejarah
Abstract: Khalayak secara keseluruhannya mempunyai kemampuan yang berbeza dalam memberi interpretasi ke atas teks media. Oleh itu, setiap penerbitan teks media terutamanya dokumentari perlu penyampaian yang sebenar supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam interpretasi mesej. Sealiran dengan kepesatan teknologi maklumat menjadikan setiap informasi lebih mudah untuk diakses menyebabkan khalayak (terutamanya remaja) makin keliru dalam membuat interpretasi makna terutamanya ke alas dokumentari yang berunsurkan sejarah. Kepentingan lilerasi media perlu diberi perhatian dalam proses pembinaan makna tersebut. Kertas kerja ini mengupas tentang interpretasi makna yang di konstruk oleh remaja di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke atas dokumentari The Kinta Story (1949). Satu eksperimen telah dijalankan ke atas 60 responden yang terpilih. Setiap aspek yang divisualkan dalam persembahan naratif filem dokumentari ini mendokong etika sebuah penyampaian makna perlambangan kepada pembinaan makna yang telah, dirancang oleh penerbit. Rentetan daripada faktor sosial, kekangan teknologi dan pengaruh budaya luar yang mempengaruhi pembinaan makna, maka filem dokumentari sejarah telah menimbulkan interpretasi yang berbeza dalam kalangan remaja kini tentang kehebatan pihak British dan kekejaman komunis. Hasilnya,interpretasi ke atas teknik naratif dan penyampaian yang digunakan dalam filem dokumentari ini adalah dipengaruhi oleh factor rantaian masa (pengalaman, pengetahuan dan pendidikan) dan faktor keunikan kelaziman budaya individu.
Volume: Vol. j.1
Pages: 1-16 p.
Call Number: DS595.8.S566 2013 sem
Publisher: Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 2013.,Kuala Lumpur
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.