Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394022
Title: Pengurusan alam sekitar: penglibatan stakeholder dalam pengurusan sumber air tawar di kawasan tadahan
Authors: Daria Mathew
Rashidah Maqbool Rehman
Darsinah Pedro
Abdul Afiq Masleh
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Pengurusan alam sekitar
Air tawar
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Pada masa kini, terdapat pelbagai isu alam sekitar yang melibatkan pencemaran, kepupusan flora dan fauna. Keadaan ini semakin membimbangkan apabila alam sekitar dieksploitasi sehingga mengancam hidupan liar kepada proses kepupusan. Oleh itu, satu pengurusan holistik perlu dirancang bagi memelihara dan memulihara persekitaran fizikal yang melibatkan semua pihak yang terdiri daripada pihak berkuasa kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, WWF-Malaysia telah berusaha melaksanakan projek kajian di Mukim Kirokot, Tambunan pad a tahun 2010 dalam usaha kesedaran tentang kepentingan sumber airtawar kepada masyarakat setempat. Projek ini merupakan projek kajian rintis yang pertama dalam pengurusan mampan sumber air tawar yang meliputi keluasan 11,600 hektar persegi dan merangkumi 10 buah kampung serta mempunyai dua cabang sungai utama iaitu Sungai Nukakatan dan Sungai Mensangoh yang mengalir ke Sungai Liwagu. Projek ini telah mengariskan tiga objektif untuk mencapai matlamat pengurusan mampan sumber air tawar iaitu i) menggalakkan kerjasama dalam usaha perlindungan dan pengurusan tadahan air tanah tinggi yang lebih baik, ii) meningkatkan pemuliharaan dan pemeliharaan spesies utama dan iii) meningkatkan penqlibatan masyarakat tempatan dalam tadahan dan pengurusan sumber semula jadi. Berdasarkan objektif dan tujuan projek kajian ini, WWF-Malaysia telah mengadakan beberapa aktiviti konservasi yang meliputi aspek kerjasama pelbagai pihak dalam memberi kesedaran sejagat tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Hasil daripada kerjasama ini penduduk di kawasan tersebut telah didedahkan dengan kepentingan sumber air tawar dan fungsi kawasan tadahan. Selain daripada itu, kerjasama daripada badan kerajaan seperti Jabatan Daerah Tambunan, Jabatan Perikanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Taman-taman Sabah dan Universiti Malaysia Sabah telah memberi maklumat dalam merancang dan melaksanakan gerak-kerja konservasi di kawasan tersebut. Kerjasama ini juga merupakan suatu tindakan yang memberikan implikasi positif demi memelihara kesejahteraan alam sekitar untuk generasi akan datang.
Pages: 791-795 p.
Call Number: G56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.