Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394020
Title: Penilaian model empirical Modified Universal Soil Loss Equation (MUSLE) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di dalam penganggaran kadar kehilangan tanih
Authors: Zullyadini A. Rahaman
Mohamad Adam Omar
Wan Ruslan Ismail
Siti Aishah Mohd Rasit
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Hakisan tanih
Sistem Maklumat Geografi
Sungai Pelarit Hulu
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Degradasi tanih yang dijana oleh proses hakisan tanih yang dipercepatkan dan dipengaruhi oleh aktiviti manusia merupakan satu masalah yang utama pada abad ke 21 ini, terutamanya negara-negara yang sedang membangun di kawasan tropika dan subtropika. Hakisan tanih mengurangkan produktiviti tanih disebabkan oleh kehilangan tanih dan air, bahan organik, nutrien, biota dan kedalaman tanih. Kajian ini bersandarkan kepada model empirikal Modified Universal Soil Loss Equation (MUSLE) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi menganggar kadar kehilangan tanih di lembangan Pelarit Hulu, Perlis,Malaysia. Parameter seperti kadar erosiviti hujan (Iuahan dan luahan puncak), kebolehakisan tanah (K),panjang dan kecerunan (LS), guna tanah (C) dan aspek pengurusan tanaman (P) digunakan berdasarkan kekerapan kejadian hujan di kawasan kajian. Berdasarkan kepada ketersediaan data cerapan pada tahun 2002, perbandingan kadar kehilangan tanih telah dibuat berdasarkan kepada hasilan yang diperolehi bagi melihat pertalian, perbezaan dan keberkesanan model MUSLE. Secara keseluruhannya, sebanyak 24 kejadian hujan telah direkodkan di kawasan kajian. Daripada kejadian itu, sebanyak 15 kejadian hujan melibatkan penganggaran MUSLE yang berada dalam linkungan ??50% daripada data cerapan dan 9 kejadian hujan melibatkan penganggaran yang melebihi 50% daripada nilai cerapan. Nilai pertalian yang tinggi iaitu r2= 0.89 di antara anggaran kehilangan tanih oleh MUSLE dan data cerapan telah diperolehi dan menunjukkan bahawa model ini boleh diaplikasikan di Malaysia.
Pages: 775-783 p.
Call Number: G56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.