Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394014
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorZuriatunfadzliah Sahdan-
dc.contributor.authorNoraziah Ali-
dc.contributor.authorShaharudin Idrus-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:42:14Z-
dc.date.available2023-06-15T07:42:14Z-
dc.identifier.otherukmvital:97293-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394014-
dc.description.abstractKeterancaman wanita dikaitkan dengan persepsi ketakutan terhadap tempat atau topophobia. Kejadian jenayah merupakan subjek utama yang mengundang ketakutan wanita. Penghindaran terhadap ruang topophobia merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk mengelakkan wanita terdedah kepada jenayah. Penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara lokasi, masa dan jenis ruang topophobia wanita dengan lokasi jenayah. Seramai 391 orang wanita yang tinggal di Pantai Dalam telah dipilih sebagai sampel kajian. Data lokasi jenayah diperoleh daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), manakala data lokasi topophobia diperolehi menerusi kaji selidik di lapangan menggunakan borang kaji selidik dan berdasarkan titikyang ditandakan oleh responden pada peta dasar Pantai Dalam. Penganalisisan data lokasi topophobia dilaksanakan menggunakan Geographical Information System (GIS) manakala analisa data berkenaan sifat ruang topophobia menggunakan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan, min) dan statistik inferensi (ujian t, ujian Anova sehala, ujian khi kuasa dua dan ujian korelasi Pearson). Hasil kajian menunjukkan lokasi yang ditakuti wanita bertindan dengan lokasi jenayah, khususnya di kawasan 'panas' jenayah. Namun, faktor masa dan jenis ruang yang ditakuti wanita tidak selaras dengan kes jenayah. Topophobia wanita lebih tinggi pada waktu malam berbanding bilangan kes jenayah yang tinggi direkodkan oleh polis pad a waktu siang. Di samping itu, kebanyakan responden beranggapan bahawa rumah adalah tempat yang paling selamat. Sebaliknya, rekod jenayah di kawasan Pantai Dalam menunjukkan rumah adalah yang paling tinggi kadar jenayahnya. Ketidakselarasan ini tidak mengupayakan wanita untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah kerana usaha wanita menangani topophobia tidak merujuk kepada faktor masa dan ruang yang berisiko jenayah. Oleh itu, kerjasama pihak berkuasa dalam menangani ketidakselarasan ini mampu mengurangkan ketakutan wan ita untuk berada dalam ruang bandar sekaligus mengurangkan risiko jenayah terhadap wanita.-
dc.language.isomay-
dc.publisherJabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak-
dc.subjectTopophobia-
dc.subjectJenayah-
dc.subjectWanita-
dc.titleTopoPhobia wanita dan hubungannya dengan kejadian jenayah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages721-730 p.-
dc.identifier.callnoG56.P766 2013 sem.-
dc.contributor.conferencenameProsiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4-
dc.coverage.conferencelocationTanjung Malim-
dc.date.conferencedate05/03/2013-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.