Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394011
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMohamad Zaki Ahmad-
dc.contributor.authorJohan Afendi Ibrahim-
dc.contributor.authorHood Mohd Salleh Prof. Emeritus Dato' Dr.-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:42:13Z-
dc.date.available2023-06-15T07:42:13Z-
dc.identifier.otherukmvital:97120-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394011-
dc.description.abstractSejak lebih sedekad yang lalu industri pelancongan terbukti menjadi antara penyumbang utama kepada pendapatan negara. Atas sumbangan dan potensi besar industri ini, maka saban tahun dapat dilihat pelbagai usaha dan perancangan direncanakan terutamanya oleh pelbagai agensi kerajaan bagi terus memajukan industri ini terutamanya dalam meningkatkan sumbangannya terhadap aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat Malaysia. Pelancongan pada hakikatnya berpotensi menyumbang bukan sahaja impak positif malahan impak negatif juga bakal dihasilkan sekiranya perancangan dan pembangunan tidak mengikut "Iandasan" yang telah ditetapkan. Yang paling penting, setiap satu daripada impak yang berlaku bakal dinikmati atau dihadapi oleh masyarakat hos (tuan rumah) di mana pembangunan pelancongan itu berlaku untuk satu jangkamasa yang panjang. Dalam konteks ini, pembangunan pelancongan lestari telah dilihat sebagai antara jalan penyelesaian untuk meminimakan impak negatif dan secara tidak langsung menyediakan wajaran kepada masyarakat hos untuk menghadapi situasi akibat daripada impak negatif yang berkenaan. Kuala Kedah yang sinonim dengan perkampungan nelayan turut mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai satu destinasi pelancongan yang baru. Terkenal sebagai persinggahan transit untuk ke Langkawi, Kuala Kedah juga mempunyai beberapa tarikannya yang tersendiri. Justeru, bagi menjamin pembangunan pelancongan di pekan nelayan ini bakal meminimakan impak yang tidak diingini sikap dan tanggapan mereka terhadap pembangunan pelancongan sedia ada perlu diberi perhatian yang sewajamya. Kertas persidangan ini membincangkan isu-isu dan aspek-aspek yang berkaitan seperti kesan atau impak pelancongan, sikap dan tanggapan masyarakat hos, pelancongan lestari dan beberapa cadangan bagi melancarkan usaha ke arah pembangunan pelancongan lestari.-
dc.language.isomay-
dc.publisherJabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak-
dc.subjectPelancongan lestari-
dc.subjectImpak pelancongan-
dc.subjectKuala Kedah-
dc.titleMenelusuri sikap dan tanggapan masyarakat nelayan terhadap impak pembangunan pelancongan di Kuala Kedah: satu perspektif awalan ke arah pembangunan pelancongan lestari-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages679-689 p.-
dc.identifier.callnoG56.P766 2013 sem.-
dc.contributor.conferencenameGeografi & alam sekitar dalam pembangunan dan transformasi negara : Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4-
dc.coverage.conferencelocationTanjung Malim-
dc.date.conferencedate05/03/2013-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.