Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394007
Title: Strategi buruh dan tindakan proaktif dalam kalangan pelajar prasisiwazah kejuruteraan terhadap isu kebolehpasaran graduan: laporan awal kajian kes Universiti Malaysia Perlis [UNIMAP]
Authors: Nooriah Yusof
Zakiah Jamaluddin
Norain Mat Lazim
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Kebolehpasaran
Pasaran buruh
Pengangguran
Graduan
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah bukanlah merupakan satu isu yang baru. Isu ini telah menarik minat banyak penyelidik untuk meneliti dan mengenalpasti punca sebenar yang membawa kepada meningkatnya masalah pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini. Sebahagian besar daripada kajian merujuk kepada kurangnya kelebihan dari segi kebolehpasaran dan kebolehkerjaan yang dimiliki oleh graduan sebagai faktor penting dalam menjelaskan masalah pengangguran ini. Rata-rata kajian mendapati wujudnya ketidakselarasan di antara kualiti graduan dengan keperluan pasaran buruh khususnya dari segi kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh siswazah di negara ini. Oleh itu banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini dengan memberi pelbagai insentif dan peluang penambahbaikan kemah iran kebolehkerjaan melalui skim-skim latihan. Peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah semakin mendapat perhatian khususnya di negara membangun termasuk Malaysia kerana masalah ini boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan peralihan ke arah ekonomi berasaskan berpengetahuan. Rentetan daripada masalah sumber buruh pada awal tahun 1992 telah membuka lembaran baru dalam polisi pembangunan sumber manusia di negara ini. Bermula dengan pengurangan tempoh pengajian daripada empat tahun kepada tiga tahun bagi mempercepatkan pengeluaran tenaga kerja sehinggalah kepada peningkatan besar dalam bilangan institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta liberalisasi dalam sektor pendidikan yang membenarkan kemasukan cawangan asing universiti luar negara, telah memberi impak yang besar terhadap pasaran buruh siswazah. Objektif utama artikel ini adalah untuk meneliti persepsi pelajar prasiswazah terhadap isu kebolehpasaran qraduan dan persaingan yang wujud dalam pasaran pekerjaan. Perbincangan yang dibuat adalah berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dijalankan yang melibatkan beberapa universiti terpilih di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Seramai 724 responden daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terlibat dalam kajian ini. Fokus perbincangan adalah untuk melihat pandangan pelajar prasiswazah terhadap kelebihan, kekurangan, peluang dan kekangan yang boleh mempengaruhi tahap kebolehpasaran dan kelebihan daya saing meraka dalam pasaran pekerjaan.
Pages: 635-646 p.
Call Number: G56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.