Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394003
Title: Keberkesanan sebatian difenilstanum(IV)dan trifenilstanum(IV) alkilfenilditiokarbamat sebagai insektisid ke atas Aedes aegypti LINN,(Diptera:culicidae)di makmal
Authors: Normah Awang
Rosalina Kasim
Hidayatulfathi Othman
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Adultisidal
Aedes aegypti
Ditiokarbamat
Insektisid
Denggi
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Perkembangan penggunaan insektisid sebatian organostanum(lV) terhadap Aedes aegypti telah diterokai dan diuji keberkesanannya bagi mengatasi masalah kerintangan insektisid sedia ada. Kajian ini dijalankan bertujuan menguji kesan insektisidal iaitu larvisidal dan adultisidal dua siri baru sebatian ifenilstanum(lV) dan trifenilstanum(lV) alkilfenilditiokarbamat ke atas Ae. aegypti di rnakrnal. Keempat-empat sebatian iaitu difenilstanum(lV) etilfenilditiokarbamat (DFEF), trifenilstanum(lV) tilfenilditiokarbamat (TFEF),difenilstanum(lV) butilfenilditiokarbamat (DFBF) dan trifenilstanum(lV) butilfenilditiokarbamat (TFBF)telah dijalankan ujian bioasai larvisidal ke atas larva instar ketiga Ae. aegypti. Kajian lanjutan diteruskan bagi sebatian yang telah menunjukkan aktiviti larvisidal terbaik untuk menguji kesan adultisidnya ke atas nyamuk betina Ae. aegypti. Hasil ujian bioasai larvisidal, didapati sebatian TFEF menunjukkan kesan larvisidal terbaik dengan nilai LCso dan LCgO pada 0.082 ppm dan 0.184 ppm masing-masing. Sementara itu, sebatian TFBF juga menunjukkan kesan larvisidal yang baik dengan nilai LCso dan LCgO pada 0.108 ppm dan 0.273 ppm masing-masing manakala kedua-dua sebatian DFEF dan DFBF didapati tidak menunjukkan kesan larvisidal yang baik. Melalui ujian adultisidal pula, sebatian TFEF didapati tidak menunjukkan kesan adultisidal yang baik dengan nilai LCso dan LCgO yang agak tinggi iaitu 31,556.03 ppm dan 98,427.05 ppm masing-masing. Walaupun sebatian TFEF didapati tidak menunjukkan kesan adultisid yang baik, ianya sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai larvisid. Namun begitu, kajian lanjutan perlu dilakukan untuk menjelaskan dan memastikan sebatian ini selamat digunakan sebagai larvisid.
Pages: 597-601 p.
Call Number: G56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.