Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393997
Title: Kesan aktiviti terhadap kandungan nutrien di lembangan sungai di daerah Barat Daya, Pulau Pinang
Authors: Mohd Khusyairi Mohd Zahir
Zullyadini A.Rahaman
Wan Ruslan Ismail
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Lembangan sungai
Nutrien
Pulau Pinang
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Pembangunan yang dijalankan pada mas a ini banyak memberikan impak kepada alam sekitarterutamanya kesan kepada kualiti air sungai. Pembangunan yang berlaku sangat memberikan kesan kepada perubahan guna tanah dan juga mengubah landskap sesuatu kawasan.Satu kajian pendek ini dijalankan untuk menentukan impak guna tanah terhadap kandungan nutrien di lembangan sungai dalam daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Sebanyak empat stesen kajian telah dipilih iaitu Sg. Bayan Lepas hulu (S1), Sg. Bayan Lepas hilir (S2),Sg. Teluk Kumbar (S3) dan Sg. Pulau Betong (S4). Kajian telah dijalankan selama lima bulan bermula pada bulan Oktober 2011 sehingga Februari 2012. Hasil kajian menunjukkan kandungan nutrien yang berbeza-beza akibat kesan daripada tindakan aktiviti manusia dan juga akibat faktor semulajadi. Hal ini adalah kerana terdapat banyak aktiviti manusia dijalankan di sepanjang koridor sungai. Keputusan menunjukkan julat purata kepekatan nitrit (N02) adalah antaraO.316mg/l di S1 hingga 0.881 mg/l di S4. Julat kepekatan nitrat (N03) ialah antara pula dicatatkan oleh (S3) iaitu 3.587mg/l (S3) 4.034mg/l (S1). Ammonia (NH4) pula antara 0.549mg/l (S1) 1.213mg/l (S4). Kepekatan fosfat (P04) yang dicatatkan di S3 merupakan bacaan tertinggi iaitu sebanyak 0.947mg/l dan nilai paling kecil sebanyak 0.710mg/l di rekod di 82. Kebanyakan kawasan lembangan sungai yang dikaji mempunyai kawasan hutan getah yang sangat luas iaitu melebihi 70% daripada kawasan keseluruhan lembangan. Antara tanaman yang dominan di kawasan tersebut ialah padi. Selain itu, kawasan pekan dan petempatan merupakan jenis guna tanah yang kedua terbesar selepas kawasan pertanian. Jumlah peratusan keluasan kawasan ini adalah hanya sekitar 10% daripada jumlah keseluruhan kawasan lembangan. Walaupun hanya peratuan kecil kawasan pekan dan petempatan, namun ia boleh memberikan kesan kepada tahap kualiti air dan kandungan nutrien dalam air sungai. Namun demikian, terdapat beberapa lokasi di dalam lembangan Bayan Lepas yang sedang mengalami pembangunan yang agak pesat seperti pembinaan kawasan perumahan yang luas. Kedua-dua faktor guna tanah yang dominan ini merupakan antara faktor yang menyebabkan kandungan nutrien yang berbeza-berbeza di samping terdapat beberapa faktor lain.
Pages: 555-560 p.
Call Number: G56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.