Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393996
Title: Penyesuaian petani padi sawah dalam menghadapi perubahan iklim dan cuaca(perubahan pola hujan)di daerah Kota Belud, Sabah
Authors: Yaniermaida Takim
Ramzah Dambul
Nor-Ina Kanyo
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Perubahan iklim
Pola hujan
Pertanian
Padi
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Perubahan iklim dan cuaca merupakan kesan daripada fenomena pemanasan global. Fenomena ini memberi impak terhadap berbagai aspek kehidupan, khususnya produktiviti pengeluaran padi. Sabah mempunyai taburan hujan tahunan mencapai 2000mm hingga 2500mm di kebanyakan 60 peratus kawasan. Ketidaktentuan iklim kebelakangan ini turut memberi kesan ke atas pengeluaran padi sekaligus mengakibatkan kerugian kepada golongan petani padi. Justeru itu, kertas kerja ini cuba mengetengahkan langkah penyesuaian petani untuk mengatasi perubahan pola hujan bagi mengurangkan kerugian di daerah KB. Berdasarkan kajian, dapatan menunjukkan kebanyakan petani menggunakan berbagai cara penyesuaian menghadapi perubahan pola hujan. Selain daripada itu, penelitian usaha pihak awam membantu petani seperti bentuk bimbingan dan bantuan kewangan dalam menghadapi perubahan pola hujan, dapatan menunjukkan usaha yang dilakukan adalah kurang mendapat respon dalam kalangan petani dikawasan kajian. Sesuatu yang yang menarik bagi kajian ini ialah dapat menunjukkan kepentingan bidang disiplin geografi khususnya geografi fizikal dalam pengkajian elemen sosio-ekonomi penduduk sesuatu kawasan, sekaligus menunjukkan kerelevanan bidang disiplin ini dalam pengkajian isu sosio-ekonomi dan fizikal secara keseluruhannya.
Pages: 545-553 p.
Call Number: G56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.