Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393993
Title: Sejarah perkembangan pengkajian jenayah dan kebimbangan jenayah dari perspektif geografi
Authors: Nor-Ina Kanyo
Norizan Md. Hj. Nor
Ruslan Rainis
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Pengkajian jenayah
Kebimbangan jenayah
Masalah sosial
Geografi bandar
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Pelakuan jenayah merupakan antara fenomena permasalahan sosial yang melanda kebanyakan bandar di dunia. Permasalahan ini telah menjadi perhatian kebanyakan bidang disiplin ilmu dan bukan sesuatu yang baru untuk dibincangkan oleh bidang disiplin seperti sosiologi, psikologi, perundangan dan geografi khususnya geografi bandar. Namun demikian, keupayaan bidang geografi dalam mengupas isu pelakuan jenayah telah menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat di luar daripada konteks bidang qeoqrafi, Justeru itu, kertas kerja ini cuba mengetengahkan sejarah pengkajian jenayah dan kebimbangan jenayah menurut perspektif bidang geografi. Bagi membolehkan perbincangan lebih jelas, penjelasan adalah difokuskan ke atas aspek yang meliputi idea-idea awal pengkajian pelakuan jenayah dan kebimbangan jenayah dalam konteks geografi dan perkembangan pengukuran kebimbangan pelakuan jenayah.Kejayaan penjelasan dan kupasan aspek ini merupakan suatu petunjuk jelas kepada kerelevanan dan keupayaan bidang geografi dalam membincangkan serta mengupas isu permasalahan sosial dalam konteks persekitaran semasa yang merentasi ruang dan masa
Pages: 523-527 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.