Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393988
Title: Terusan Wan Muhammad Saman sebagai produk pelancongan warisan: kajian awalan dan potensi pemeliharaan
Authors: Johan Afendi Ibrahim
Norhanim Abdul razak
Mohamad Zaki Ahmad
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Terusan Wan Muhammad Saman
Jelapang padi
Produk pelancongan warisan
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: dengan perkembangan ekonomi Negeri Kedah sehingga dikenali sebagai 'Negeri Jelapang Padi' atau 'Jelapang Padi Malaysia' .Idea pembinaan terusan dicetuskan oleh Wan Muhammad Saman yang merupakan Menteri Besar Kedah pad a zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) sekitar tahun 1870an untuk membuka tanah-tanah baru bagi tujuan pertanian (tanaman padi) sekaligus meningkatkan pendapatan kerajaan negeri ketika itu. Beliau mendapat ilham hasil daripada lawatannya ke Siam di mana negara tersebut mempunyai banyak taliair yang digunakan bagi tujuan pengangkutan dan pengairan di kawasan-kawasan pertanian. Apabila kemajuan dalam bidang pertanian semakin meningkat, Kerajaan Negeri Kedah bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah membina beberapa terusan baru bagi mengairi kawasan sawah padi yang luas. Sumber air diperolehi daripada Tasik Muda, Tasik Pedu, Tasik Beris dan TasikAhning bagi mengairi kawasan penanaman padi yang terletak di barat Negeri Kedah. Terusan Wan Muhammad Saman kini hanya berfungsi sebagai sistem perparitan domestik dan saliran bagi pengurusan air banjir. Sebahagian besar bentuk fizikal terusan adalah parit tanah dan di beberapa tempat terutamanya di Guar Cempedak dan Tandop di Alor Setar, parit konkrit dibina. Walau bagaimanapun, pencemaran air di terusan ini amat serius akibat pembuangan sisa minyak hitam dari bengkel-bengkel kenderaan terutamanya di Tandop, Alor Setaro Akibat penyelenggaraan yang lemah, sampah sarap dan tumbuhan-tumbuhan akuatik memenuhi sebahagian besar terusan yang menyumbang kepada persekitaran busuk dan tidak menarik. Kertas kerja ini akan membincangkan kekuatan Terusan Wan Muhammad Saman dengan mengenalpasti Iokasi-Iokasi berpotensi dimajukan, kaedah-kaedah pemeliharaan sekaligus menjadikannya sebagai salah satu produk pelancongan warisan menarik di Negeri Kedah.
Pages: 491-499 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.