Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393971
Title: Taburan hujan dan kerakusan aktiviti pembalakan sebagai pemacu keterancaman penduduk di pendalaman Kedah
Authors: Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
Hamidi Ismail
Raman Mariyappan
Mat Khalid Md Noh
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Taburan hujan
Aktiviti pembalakan
Bencana alam
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Masalah pembalakan secara berleluasa tanpa kawalan di kawasan tadahan air atau di kawasan hutan simpan secara berskala besar sememangnya mempunyai hubungan yang signifikan dengan kewujudan bencana alarn. Kajian ini bertujuan mengenalpasti bahawa taburan hujan yang lebat dan kerakusan aktiviti pembalakan di kawasan pendalaman negri Kedah telah menjadi penyebab keterancaman penduduk kepada pelbagai bencana alam seperti banjir, banjir lumpur, pencemaran kualiti air sungai, bekalan air bersih dan sebagainya. kajian ini menggunakan data sekunder bagi mendapatkan maklumat mengenai aktiviti pembalakan yang dijalankan dan penelitian laporan bagi mengenalpasti kejadian bencana yang bertaku Namun kajian ini juga menganalisis taburan hujan bagi tempoh 11 tahun (2000-2010) di tiga buah stesen hujan Jabatan Pengairan dan Saliran yang berada dalam kawasan kajian iaitu Ampang Pedu, Padang Sanai dan Sintok. Hasil kajian mendapati sememangnya episod kejadian bencana alam seperti banjir, banjir lumpur dan pencemaran kualiti air sungai mempunyai kaitan yang signifikan dengan aktiviti pembalakan yang dijalankan dan taburan hujan yang tinggi di kawasan pendalaman negeri Kedah. Oleh itu, setiap projek pembangunan yang akan dijalankan perlu mengambilkira kesan terhadap alam sekitar atau tahap sensitif alam sekitar kerana pembangunan tanpa perkiraan yang bijak akan mengundang bencana alam kepada penghuni di kawasan sekitarnya dan menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang signifikan
Pages: 349-356 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.