Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393969
Title: Transformasi pembangunan luar bandar: kesan ke atas kesejahteraan hidup masyarakat
Authors: Nurasyikin Miskam
Haryati shafii
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Transformasi
Luar bandar
Kesejahteraan hidup
Hidup masyarakat
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Transformasi pembangunan yang berlaku dengan pantas sejak sedekad yang lalu, bukan sahaja berjaya merubah pelan pembangunan negara bahkan turut member kesan terhadap persekitaran sosioekonomi negara. Transformasi ini turut mengubah landskap Pekan Parit Raja, Johor iaitu daripada sebuah pekan kecil-tradisi kepada sebuah bandar yang menumpukan kepada pelbagai aktiviti penduduk yang mencakupi aspek pendidikan, sosial, ekonomi, politik dan infrastruktur. Kertas ini mengutarakan transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja telah menunjukkan perubahan dari segi peningkatan taraf pendapatan, pemilikan harta dan kenderaan, pemilikan peralatan moden serta perubahan gaya hidup penduduk setempat. Kesan daripada pertambahan penduduk dan rebakan pembangunan telah memberi kesan positif dan negatif kepada penduduk. Sudut positif yang dilihat apabila jumlah pendapatan penduduk semakin meningkat iaitu hampirsekali ganda berbanding 20 tahun dahulu dengan majoriti responden (53.8%). Pemilikan sesetengah kemudahan dan peralatan rumah menggambarkan kemampuan kuasa membeli responden. Perbandingan kemampuan pemilikan peralatan elektrik penduduk berbanding dari tahun 1990-2009 turut menunjukkan peningkatan. Hasil analisis kajian menunjukkan paling tinggi responden memiliki telefon bimbit adalah sebanyak 66.7%, komputer 39.3% dan melanggan internet 25.6%. Manakala dari sudut negatif yang boleh dikesan adalah berlakunya kemerosotan tahap keselamatan dalam kalangan penduduk serta penurunan kualiti alam sekitar menurut persepsi penduduk setempat. Justeru, transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja, bukan sahaja membawa perubahan positif dari aspek ekonomi bahkan turut menyumbang kepada kemerosotan dalam aspek keselamatan sosial penduduk dan persekitaran fizikal
Pages: 331-342 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393969
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.