Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393965
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Mohd Faud Mat Jali | - |
dc.contributor.author | Junaidi Awang Besar | - |
dc.contributor.author | Novel Lyndon | - |
dc.contributor.author | Mohd Jalaluddin Hashim" | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T07:41:50Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T07:41:50Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:96529 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393965 | - |
dc.description.abstract | Guru adalah golongan yang ditugaskan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai- nilai murni kepada seseorang individu atau kumpulan tertentu. Oalam kajian ini, guru adalah merujuk kepada pegawai pendidikan di peringkat persekolahan (rendah dan menengah) yang dilatih dengan berbekalkan kaedah-kaedah tertentu yang sesuai diguna pakai di peringkat rendah dan menengah. Oi Malaysia seta kat 30 November 2012, terdapat seramai 415,467 orang guru (127,744 orang lelaki dan 287,723 orang perempuan) dengan 5,304,201 orang murid/pelajar dan 10,066 buah sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru merupakan golongan profesional yang penting di sesebuah negara kerana ia merupakan kelompok pendidik di peringkat awal pembelajaran individu yang dapat mencorakkan pemikiran pelajar seterusnya bersikap kritis terhadap perkembangan isu semasa dan politik nasional sekaligus menjadi golongan yang dihormati oleh masyarakat. Justeru, adalah menjadi tujuan kertas persidangan ini untuk menganalisis persepsi dan kecenderungan politik guru dengan berfokuskan kepada situasi ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Malaysia 2008-2011. Pungutan pendapat awam dilakukan dengan menggunakan borang kaji selidik terhadap 1618 orang responden di 16 kawasan yang terlibat dengan PRK 2008-2011 di samping pemerhatian di lapangan dan rujukan sumber sekunder yang berkaitan dengan guru dan politik. Berdasarkan kajian soal selidik menunjukkan bahawa 98.4 peratus responden menyokong karekter pemimpin yang jujur dan amanah sebagai kriteria utama pemilihan calon dan 94.0 peratus menyatakan parti yang rnernperjuanqkan isu kemanusiaan (rasuah, ketelusan, keadilan hak asasi) menjadi pilihan mereka. Mengenai pendapat politik dan isu semasa pula, 94 peratus responden menyatakan bahawa rakyat menyokong aspirasi kerajaan dalam memantapkan agenda pembangunan negara dan 93.4 peratus responden menyatakan rakyat menyokong kerajaan kerana peluang pekeriaan banyak diwujudkan dan membantu golongan miskin di bandar dan luar bandar, seterusnya 89.1 peratus menyatakan polisil pembaharuan yang dilakukan Perdana Menteri dalam menerajui pembangunan negara terus mendapat sokongan rakyat. Namun, 82 peratus menyatakan kurang berkesan kerajaan menangani rasuah dan politik wang menyebabkan rakyat kurang menyokong kerajaan. Oari sudut tingkahlaku politik, jika dilihat kepada status pendafiaran sebagai pemilih/pengundi, 98.8 peratus menyatakan mereka sudah mendaftar sebagai pemilih. Seterusnya, 13.4 peratus menyatakan mereka menganggotai parti politik UMNO, 5.1 peratus menyertai PAS, 2.2 peratus merupakan ahli PKR dan 79.4 peratus menyatakan tidak menyertai mana- mana parti politik. Responden menjangkakan BN akan terus menguasai Putrajaya. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak | - |
dc.rights | RELS-EXT" | - |
dc.subject | Politik guru | - |
dc.subject | Tingkahlaku politik | - |
dc.subject | Pilihan raya kecil | - |
dc.title | Persepsi dan kecenderungan politik guru dalam pilihan raya kecil 2008-2010" | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.identifier.callno | Q56.P766 2013 sem. | - |
dc.contributor.conferencename | Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4, | - |
dc.coverage.conferencelocation | Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim | - |
dc.date.conferencedate | 05/03/2013 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.