Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393963
Title: Pengekalan identiti melalui pelestarian landskap budaya orang asli
Authors: Norizan binti MtAkhir
Zulkefle bin Hj. Ayob
Sti Syamimi binti Omar
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Pelestarian identiti
Landskap budaya
Orang asli
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Umum mengetahui penempatan orang asIi adalah di kawasan pendalaman dan jauh dari kemajuan pembangunan. Pengekalan landskap asli adalah penting untuk kehidupan harian orang asli.Namun, kini terdapat banyak pembukaan kawasan ladang seperti getah dan kelapa sawit telah menyentuh persekitaran landskap orang asli dan mengubah identiti serta budaya komuniti tersebut di negara ini. Kajian ini bertujuan membantu komuniti ini mengekalkan identiti setempat sekaligus meneruskan tradisi budaya dengan memelihara persekitaran asli mereka dari diancam kepupusan. Penempatan komuniti orang asli di negara ini adalah berserakan di pelbagai lokasi antaranya pinggir laut, kawasan tanah tinggi, pinggir sungai dan kawasan gua. Pelestarian landskap budaya komuniti orang asli ini akan dapat memberi impak kepada identiti setempat yang lebih asli di samping dapat mempromosikan kebudayaan mereka. Tiga kajian rujukan dirujuk untuk memahami pengekalan identiti melalui pelestarian landskap budaya orang asli, di mana pendekatan yang digunakan oleh ketiga-tiga kajian rujukan tersebut lebih menitikberatkan keaslian landskap semulajadi untuk melestarikan ekologi budaya mereka sekaligus dapat mempromosikan sektor pelancongan untuk meningkatkan ekonomi komuniti dan negara. Melalui pendekatan mengenalpasti sens~iv~i kawasan, pengezonan dan pengekalan sumber, maka identiti landskap dan budaya orang asli dapat dilestarikan walaupun berhampiran kawasan bandar. Kajian ini dapat dimanfaatkan di dalam setiap perancangan pembangunan agar dapat memelihara khazanah dan aset berharga ini untuk generasi akan datang sekaligus mengekalkan identiti dan meningkatkan aktiviti pelancongan negara.
Pages: 239-244 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393963
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.